Saya tidak tahu mengenai pandangan orang lain tapi ini merupakan pandangan peribadi saya sendiri. Saya dilahirkan dan dibesarkan di dalam sebuah keluarga yang mementingkan etika dan protokol. Jika seseorang itu ingin membuang lebihan angin samada kentut ataupun sendawa, maka beliau haruslah melakukannya di tempat yang agak terlindung ataupun jauh dari orang awam. Namun begitu, sendawa agak diringankan kerana ianya kurang berbau dan lebih mudah disorok kecualilah anda seorang yang baru sahaja makan petai atau belacan dan memang bersendawa kuat tahap dewa. Kentut pula biasanya lebih berbau walaupun kentut saya tidak berbau. Jadi ini boleh mengganggu ekosistem sekeliling dan pelepasan gas metana yang berlebihan yang menyumbang kepada kesan rumah hijau
No comments:
Post a Comment
Sebarang masalah?