Komrad

Jun 28, 2010

Saja-saja

Assalamualaikum...

Salam 1 Malaysia...

Selamat hari Isnin. Yeah, hari ini hari Isnin. Dahulu waktu aku kecik-kecik aku sangat sungguh tidak menyukai hari yang bernama hari Isnin. Kenapakah? Sebab aku kena pergi sekolah selepas bercuti enak di rumah selama 2 hari pada Sabtu dan Ahad. Memang sangat tak seronok. Pernah sekali aku buat-buat demam...entah macam mana betul-betul demam pula. Nakal sungguh bak kata Blade.

Waktu kat Kolej pun sama juga...aku sangat benci hari Isnin sebab confirm Ahad Malam tuh aku dengan member-member aku akan pulun habis buat homework. Memang procrastination betol la budak-budak macam aku ni.

Sekarang ni, aku dah habis study buat sementara waktu. Setiap hari aku rasa sama saja kecuali hari Jumaat sebab Solat Jumaat...sangat bosan pula duduk di rumah. Mujur aku terlibat dalam bisnes sate pada sebelah pagi sampai tengah hari. Ada juga duit masuk. Tapi, kadang-kadang aku rindu dengan kelas, main-main dengan member, bahan-membahan, emo-mengemo dan banyak lagi...entahla, mungkin betul kata orang...bila kita ada sesuatu barang tuh, kita tak hargai langsung...banyak tol songeh,sengetnya. Tapi bila kita dah hilang benda tuh, baru kita terhegeh-hegeh nak post kat blog la, kat FB la bagitau kita rindu...

Tu je la yang aku nak bebel hari ni...

* Tahniah kepada adik aku Mohd. Zulhelmi Idrus dan ayah sedara aku Abdul Malik Junsin yang masing-masing berjaya masuk ke Institut Latihan Perguruan (IPG) Kinta, Perak dan IPG Darul Aman, Kedah.
*England kalah 1-4 dengan Germany...pastinya abah aku sangat kuciwa sebab dari dulu dia memang minat England...hahaha.

No comments:

Post a Comment

Sebarang masalah?