Komrad

Jun 27, 2010

Saya la bakal Doktor, Saya la bakal Engineer, Saya la bakal Cikgu, Saya la Bakal Pilot

Assalamualaikum...

Tajuk entry aku kali ini agak pelik sikit...ada beberapa pekerjaan tuh, tak kan aku nak jadi semua sekali kan?

Saya la Bakal Doktor...



Saya la Bakal Engineer...

Saya la Bakal Cikgu...

Saya la Bakal Pilot...

Aku minta maaf kepada sesiapa yang mungkin mempunyai kaitan atau hubungan kekeluargaan dengan arwah-arwah bayi di atas...namun apakan daya, inilah hakikat.

Aku sangat kesian melihat mereka ini. Dorang tak minta pun mak bapak buat dorang apatah lagi dilahirkan dan dibuang begitu sahaja umpama membuang sampah. Pad yang perempuan pakai pun dorang sental dulu dan buang tak sewenang-wenang, ini kan pula bayi yang pernah hidup beberapa jam sebelum mereka dibuang umpama najis.

Salah siapa? Kalau dulu, mungkin orang buang anak sebab malu lahirkan anak lepas kena rogol (ada juga yang rela di"rogol"). Tapi la ni, makin teruk dunia ni. Jantan betina ni sama je. Aku tau la korang tu dah gatai sangat nak tuuuuuuuut, tapi kahwin la. Yang tak mampu kahwin sebab tak cukup duit tu satu hal lagi. Ni yang duit melambak kat peti sejuk rumah tu, suka hati dorang nak buat anak haram ni (baby tu tak haram cuma hubungan mak bapak dorang yang terharam). Pastu yang buat malu tu, tengok-tengok macam muka melayu, Islam rupanya mak bapak dorang nih. tapi nama je Islam....buat malu umat Islam sedunia je...

Yang mangkok hayun lagi tuh, dah tau nak buat tuh...tak reti nak cover...safety tak jaga langsung. Beli la kondom cik kak ooi, cik abang oooi..korang ni ingat sedap je...(aku tak galakkan nii, gunakan kondom bila dah tiba masa sesuai ok, dah kawin nanti). Tak educated langsung la menatang-menatang nih...bodoh polombu.!!!!.

Lepas tuh, dah mengandung satu hal lagi...cik abang oooi, retila tanggungjawab tu. Sperma ko tuh yang gatai nak p ovum si minah tu.

Yang minah ni pun sama juga, bodoh juga. Suka-suka hati je nak bagi badan kat mamat tuh...tak tentu lagi korang kawin cik akak ooooi...simpanla untuk digunakan di masa yang sesuai.

Bila dah nak beranak...awat pi buang anak tu. Kan baik kalau simpan kat muzium ka, kat balai polis ka, kat rumah anak-anak yatim ka, kat hospital ka...ni tak, buang kat tong sampah, longkang, mangkok jamban, sungai...bodooh!

Itu saja la bebelan aku hari ni....banyak lagi nak taip tapi malas nak taip dah, sodih den ngonangkan bebudak ni.

*Mohon maaf sekiranya ayat-ayat yang aku gunakan pada post kali ini bersifat kasar dan melampau tapi itulah sedikit perlambangan kemarahan aku bila tengok berita pasal kes buang bayi ni. Kepada para rakan-rakan sekelian dan aku sendiri, aku doakan kita semua tak terlibat dalam hal-hal macam ni.

Sekian.

Salam 1 Malaysia.

No comments:

Post a Comment

Sebarang masalah?