Komrad

Jun 25, 2010

Selamat Hari Jumaat semua

Assalamualaikum...

Selamat hari Jumaat dan Salam 1 Malaysia...

Hari ni hari Jumaat, hari untuk kita solat Jumaat (wajib bagi lelaki, sunat bagi wanita). Hari ni juga aku agak down...memang down yang agak melampau. Sate-sate yang aku perap semalam tak dapat aku jual, demam aku datang balik...

Time aku tengah sediakan sate-sate tu, kepala aku sakit macam nak pecah...Badan dah panas balik padahal siang-siang tu dah kebah dah. Mujur mak aku ada, dia yang teruskan kerja-kerja sate ni. Tapi agak malang aku tak dapat jual. Nak drive kereta pun tak dapat, tangan menggeletar tahan sakit kepala yang melampau-lampau batasannnya. Satu malam aku tak berapa nak tidur, mana taknya, sakit kepala macam kena cucuk jarum wooooo, nak nangis aku tahan sakit. Makan Paracetamol overdose lagi....mujur aku tak mati.

So, dengan muka hampa aku duduk tengok sate-sate aku tu. Hmmm, bukan rezeki aku hari ni.

Pagi ni macam biasa aku buka internet. Semalam aku tak tengok bola, rugi siot. Slovakia, Germany, Jepun dan Belanda masuk knock-out round.

Then, aku usha Facebook. Hmm, ada pulak Afiq Amsyar tagged aku kat post dia nak serang aku kat FB nih. Suka hati engko la labuuu..tak luak pun nasik aku kat rumah ni.

Then aku buka blog Beatiful Nara. Haha, agak kelakar bila baca pasal Ariel Peterpan @ Peterporn ni. Dah la ada video porn yang orang suspek dia dengan Luna Maya dengan Cut Tari, ada lagi kononnya video seks dia dengan 4 orang lelaki. Apala nak jadi dengan dunia ni...dah nak kiamat.

Tu je kot apa yang aku nak tulis kat entry nih. Apa-apa pun kepada para Muslimin jangan lupa atau buat-buat lupa untuk menunaikan solat Jumaat.

1!!!

Malaysia!!!! (ramai-ramai)

1!!!

Malaysia!!!! (ramai-ramai)

1!!!

Malaysia!!!! (ramai-ramai)

2 comments:

Sebarang masalah?