Tajuk entry aku kali ini agak pelik sebab aku pun tak tau kenapa aku bagi tajuk tu.
Mood aku dah kembali normal dan mula memikirkan perkara-perkara positif selepas merenung masa depan pasca IB...terima kasih buat rakan-rakan yang tidak putus-putus memberikan sokongan dan bantuan (bagi link untuk apply university). Juga buat abah dan mama yang banyak memberikan sokongan moral dan memahami keadaan aku. Dan alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT kerana memberikan ketenangan kembali kepada ku.
Pagi tadi aku call Pn. Siti nak tanya pasal perkembangan terbaru rayuan budak-budak karam IB. Beliau kata hari Isnin baru tau cerita lepas dia dan Dr. Noraini menghadap pegawai-pegawai MARA kat HQ...tolongla lembut hati wahai cik/puan/tuan pegawai,kasihanila kami.
Hari ni aku tak jual sate. Malas nak potong daging ayam sebab aku letih. So aku duduk rumah je.
Mak aku kata Paul Si Sotong meramalkan Spain menang World Cup. Tapi burung serindit milik sorang mat India kata Belanda menang...kita tengok sama-sama nanti. Yang pasti, security untuk Paul Si Sotong dah ketat sebab ada fan Argentina yang ancam nak bunuh (dorang nak masak kot)...hahah, polombu nak menate nih.
Esok hari Sabtu...
Sekian (entry ni agak bosan rasanya)
1!!!!
Malaysia!!!! (ramai-ramai)
1!!!!
Malaysia!!!! (ramai-ramai)
1!!!!
Malaysia!!!! (ramai-ramai)
ko jual sate??? waaa... bisnesman... mau!!!! pos laaa
ReplyDelete