Salam 1 Malaysia
Agak lama juga aku tak update blog ini...sibuk je memanjang. FB pun dah jarang buka sampai notification berjela-jela.
Alhamdulillah, pagi tadi aku dah hantar dokumen2 perjanjian MARA guna ABX express. Esok tengah hari sampai la KL tu. Letih juga urus benda2 ni....nak buat medical checkup, jumpa majistret nak buat akuan perjanjian, nak beli setem hasil pastu matikan dan banyak lagi.
Cerita pasal Medical checkup, aku buat kat hospital swasta dengan bayaran yang bagi aku agak berpatutan iaitu RM299. Kalau kat hospital kerajaan lagi murah tapi berjanggut aku nak tunggu. Aku buat kat Sabah Medical Center kat Damai. Time nak amek darah untuk blood test punyala susah sebab lengan aku banyak lemak...haha kelakar. Pastu time check blood pressure mak aih tinggi bebenor iaitu 140/100 (boleh mati aku) sedangkan beberapa hari sebelum tu aku check normal. Abah aku kata mungkin sebab aku stress nak urus benda2 alah tu.
Pastu nak buat sight test aku tak dapat full mark. Padahal aku dah pakai spek...tu tandanya aku kena tambah power spek. utk dua2 belah mata aku dpt 4/9. down2
................................
sekarang ni semua orang keliling aku dok tanya,
"betul ka kau mau pigi luar negeri? pigi manala?" (slang sabah)
"betul. pigi republik czech."
"ai, di mana itu? chechnya ka? kena tembakla kau nanti."
"bukan la, ni dekat sama jerman. cuba pigi tengok peta."
itula antara contoh pertanyaan yg selalu aku dpt dari sedara mara dan jiran tetangga...
aku penat..lalalala
bg aku mahal gak ar ko punye byran utk medical checkup. aku buat kt Hosp swasta sini rm189 je.. hehe
ReplyDeleteaku mse nk amik darah ssh jgk. bukan sbb byk lemak tp saluran darah aku halus sgt. huhu
tak pigi chechnya pon kat sini ai boleh tolong tembakkan!haha
ReplyDeletenak tanye sket...yg medical check-up tu..bukan ke mara tulis nak yg hospital kerajaan je?? sebabnye saye dah tersalah buat kat hospital swasta...tak baca betul2..dah siap semuanya baru perasan..ke hal kecik je?? takot la plak mara reject. :(
ReplyDelete