Salam 1 Malaysia
Semalam aku dikejutkan dengan 1 berita pemergian seorang junior KMS, Liya Nordin ke rahmatullah akibat demam panas dan epilepsy. Waktu aku baru pulang dari masjid, aku check phone dan ada message yang bagitau aku pasal berita ni. Walaupun aku mungkin tidak mengenali beliau dengan lebih lanjut, namun sekurang-kurangnya aku kenal muka beliau. Dan hari ini, 6 Ogos merupakan hari jadi beliau ke 19. Sangat mengharukan, genap 19 tahun beliau hidup di dunia Allah ini, kemudian dipanggil menghadap Maha Pencipta.
Serius, sepanjang malam aku susah nak tidur. Asyik terpikir je pasal hal ni. Mati itu pasti. Aku terfikir, yang pasti aku belum bersedia untuk menghadapi saat itu. Tapi sampai bila? Aku sendiri pun tak tau bila akan mati...sampai bila aku asyik kata tak sediala, muda lagila dan macam2 lagi. Yang pasti bila2 masa sahaja malaikat Izrail akan datang kepadaku dan mencabut nyawaku. Dan aku berdoa semoga matiku nanti dalam kalangan husnul khatimah (pengakhiran yang baik) dan dirahmati Allah SWT. Bak kata Mamat Syafiq, probability mati ialah 1. cuma menunggu masa dan tempatnya sahaja.
Marilah kita bersama-sama memperbanyakkan amalan dan muhasabah diri kita agar sedar akan diri dan mempersiapkan diri bagi menghadapi saat kematian yang menyakitkan itu. Ya, mati itu sakit. Nabi Muhammad SAW sendiri yang merupakan kekasih Allah merasa kesakitan sakaratulmaut. Sam bin Nuh apabila dihidupkan kembali oleh Nabi Isa AS sebagai bukti mukjizatnya (betulkan aku kalau salah), memberitahu bahawa masih terasa sakitnya nyawa ditarik keluar dari badan sejurus selepas beliau dihidupkan semula.
Al-Fatihah kepada Allahyarhamah Liya Nordin. Semoga roh beliau ditempatkan ke dalam golongan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.
salam senior liya
ReplyDeletethanks for the kind word