Komrad

Aug 24, 2010

Selamat Kembali

Assalamualaikum...

Salam 1 Malaysia...

Lama juga aku tak posting entry baru...bukan apa, banyak hal ehwal negara aku kena jalankan....ditambah dengan kerosakan internet yang dialami selama beberapa hari hampir membuatkan aku menjadi gila duduk di rumah kerana bosan...

Rasanya belum terlambat untuk aku ucapkan selamat berpuasa kepada muslimin dan muslimat di seluruh dunia. Sama-samalah kita memanfaatkan peluang yang ada kerana tak pasti lagi tahun depan kita ada lagi ke tak....ye dok??

Ambillah peluang untuk melakukan ibadah sunat seperti tadarus Al-Quran, berzikir, iktikaf di masjid, sedekah dan solat terawih...

Jauhilah perkara-perkara yang boleh mengurangkan atau menghilangkan pahala puasa seperti mengumpat, tengok perkara tak elok, ketawa yang berlebihan dan sebagainya...

Janganla kita lupa untuk mengeluarkan zakat fitrah....wajib tu...pada yang masih di bawah tanggungan seperti aku sendiri, ingatkanlah pihak yang berwajib untuk mengeluarkan zakat bagi pihak kita (bapa)

Semoga Ramadhan kali ini akan membawa seribu satu perubahan dalam diri kita ke arah kebaikan...insya Allah.

Wassalam

No comments:

Post a Comment

Sebarang masalah?