Komrad

Dec 22, 2010

Cintai Rasulullah SAW

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

Salam 1 Malaysia

Siapa sayang Rasulullah SAW sila angkat tangan! Ya, memang mudah untuk mengatakan " Saya Sayang Rasulullah SAW " tapi pernahkah ucapan itu sampai ke dasar hati kita? Pikir-pikirkanla dulu.

Salah satu cara menunjukkan kasih sayang kita kepada Rasulullah SAW ialah dengan berselawat ke atas Junjungan Kita Nabi Muhammad SAW. Benda ni sangat mudah tapi kita selalu tak terpikir nak buat kan. Bukannya kita kena pergi cari air nak ambil air wudhu pun macam solat tapi yang mudah inilah yang susah kita nak amalkan.

Selawat sangat besar manfaatnya...syafaat Nabi Muhammad SAW...

"Sesungguhnya Allah dan Malaikat-Nya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad SAW). Wahai orang-orang beriman! Berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya"
-Surah Al-Ahzaab ayat 56-

Siapa kita untuk melupakan selawat ke atas Baginda SAW sedangkan Allah dan Malaikat sendiri berselawat ke atas Baginda SAW. Janganlah kita menjadi sombong kerana Rasulullah tidak pernah lupa akan umatnya.



Selawat (Syeikh Misyari)



Marilah kita berselawat...Salam Sejahtera ke atas Nabi Muhammad SAW dan kaum keluarga baginda

Wassalam

Ahmad Safwan bin Idrus
22/12/2012
Prague

1 comment:

Sebarang masalah?