Salam 1 Malaysia
Dalam satu dua hari ni, macam-macam benda pelik yang saya jumpa kat Internet (awas, sila bersihkan otak anda! Jangan pikir yang bukan-bukan) Antaranya tidak lain tidak bukan pengakuan seorang lelaki Melayu Islam tentang ke-GAY-annya secara terbuka yang bolehla dilihat disini, GAY!
Memang pelik dan jahanam sungguh mamat ini. Dengan slogan "Saya Gay, Saya OK" nya, dengan seronok dan tidak tahu malu mengaku ke-GAY-annya...ya Allah, macam orang tak kenal agama je bila dia kata yang golongan-golongan Ustaz yang mengatakan gay ni salah sebab dorang melihatnya dari kaca mata seorang Heteroseksual (lihat sini untuk tau apa itu Heteroseksual). Dia tak tau ke yang gay atau lebih sopannya hubungan sejenis ini memang diharamkan Allah SWT dan dia tak tau ke apa yang jadi dengan kaum Nabi Lut yang mengamalkan "hobi" yang jijik ni.
Lagi pilu, ada pula organisasi yang sokong golongan-golongan macam mamat ni...SEKSUALITI MERDEKA. Ya, konon atas nama hak individu suka hati la nak buat apa termasuklah kehidupan seksual mereka. Citttt, tarak guna betol!!!! Inila antara contoh orang yang mengutamakan keseronokoan di dunia tapi melupakan kepedihan di akhirat akibat keseronokan melampau di dunia. Ada yang kata, mati nanti kubur kita lain-lain...kalau macam tu nanti mati pergila masuk kubur sendiri ye, jangan harap ada orang nak tolong kebumi. Tu belum masuk soal-jawab kubur nanti. Masa tu baru tau sakit ke tak azab kubur.
Dengan ini, saya menyerulah kepada semua agar tidak terlibat dengan kegiatan sejijik ini. Ingatlah, mungkin seronok tapi ia hanyalah di dunia. Akhirat nanti sanggup ke nak kena azab Allah tu...kalau rasa-rasa mampu, cubala cari lighter lepas tu bakar ibu jari selama 2 minit...kalau tahan 1 setengah minit mungkin bolehla dipertimbangkan kot (jangan pula buat betul-betul, azab Allah berkali-kali ganda lagi pedih). Dan marilah kita berdoa semoga Allah membukakan hati mereka yang dah terpesong ini untuk bertaubat kerana Allah itu Maha Pengampun.
* Saya sebenarnya malas nak tulis panjang-panjang pasal isu ni sebab takut nanti keluarlah ayat-ayat carut dan berunsur keji yang mana dilarang oleh Islam untuk kita mengeluarkannya kepada orang lain.
Ini hanyalah gambar hiasan semata-mata...semoga kita terlindung daripada gejala yang tidak bermoral ini, amiiiiinnn.
Salam,
Ahmad Safwan bin Idrus
20/12/2010
Prague
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletesokong!
ReplyDelete(utk jgn jadi gay.. hehe)