Komrad

Dec 20, 2010

Christmas Holiday (Cuti ye, jangan salah paham)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Salam 1 Malaysia

Alhamdulillah, akhirnya saya mendapat kembali mood untuk aktif berblog semula setelah sekian lama malas untuk memblogkan diri dek kesibukan selaku pelajar bidang perubatan yang sememangnya dikatakan sibuk-gila-babi (wah, ayat yang sangat skema macam karangan SPM)

Entry kali ini, saya nak cakap pasal Christmas Holiday. Nanti jangan salah paham, bukanla saya nak sibuk-sibuk nak sambut Christmas dengan mat-mat saleh kat Klub Lavka sambil minum Gambrinus tertonggeng macam orang gila tu, saya cuma nak cerita pasal apa yang saya dah buat setakat hari ini dalam Christmas Holiday ni

Mula-mula mestila saya nak main salji. Kenapa? Sebab kat kampung saya mana ada salji ni. Jadi kenala main. Best oo wa cakap sama lu walaupun sejuk lepas tu konon power sebab tak pakai glove (glove hilang time Dissection Course, sedih gila). Jumaat malam kitorang (saya, Syazwan, Anuar, Faliq dengan Muhaimin) gatal kaki nak naik Petrin Hill. Pergh, memang struggle juga nak naik sebab sejuk dan salji yang tebal kat tanah...licin pulak tu....tapi memang best sebab dapat main sledge, baring-baring atas salji (impian sewaktu kecil ni), duduk-duduk sambil makan buah mahal yang dibeli dari kedai Vietnam dan banyak lagi...

Tapi, yang tak bestnya....anjing yang suka mengacau. Dahla ambil carrot yang Faliq bawa untuk buat hidung snowman.

Oh ya, cerita pasal snowman. Kitorang ada juga nak buat snowman tapi sebab tak reti lepas tu tak jadi. Nuar sampai dah call Samihah lagi nak tanya macam mana nak buat snowman tapi tak jadi-jadi juga. Downla ini macam.

Dan minggu depan, saya akan ke Istanbul, Turki. Yeayyyyy!!!! Dari dulu lagi memang teringin nak sampai Turki ni, nak tengol Muzium Topkapi, Masjid Biru dan Aya Sofea. Semoga Allah memudahkan perjalanan saya, Amiiiin!

Inila antara gambar-gambar yang sempat saya snap malam main salji di Petrin Hill tu :)



Saya dan Muhaimin depan patung-patung pelik yang bogel


Syazwan dan Muhaimin

Baring-baring


Dan banyak lagi gambar yang boleh didapati di Facebook saya, Ahmad Safwan Idrus.

3 comments:

Sebarang masalah?