Salam 1 Malaysia
Akhirnya aku dapat juga meluangkan masa untuk menulis entry baru kat blog aku ni. Dah lama tak post entry baru sebab entahla, malas pun ada, sibuk pun ada...macam-macam ada!
Entry kali ini ditulis khas bersempena meraikan kejayaan aku dan rakan-rakan Malaysia dalam exam dissection semalam (10/12/2010, Jumaat). Alhamdulillah sebab dipermudahkan segala urusan oleh Allah SWT.
Dissection exam ni merupakan exam pertama yang dihadapi oleh pelajar-pelajar Faculty of Medicine Charles University in Prague (1st, 2nd and 3rd Faculties) bagi winter semester. Perasaan semasa dissection week ni memangla sangat membara. Banyak benda nak diingat, dihafal dan diteroka dalam masa seminggu (03/12 - 10/12). Terima kasih buat senior-senior yang banyak menolong dari segi mental dan fizikal bagi menghadapi ujian pertama ini.
Waktu hari pertama course, aku (group 1051) start dengan membuang kulit dan subcutaneous tissues yang ada pada cadaver dan free limbs. Mula-mula kesian jugala dengan pakcik cadaver tu, tapi for the sake of study kena buat jugala...ditambah dengan kewangian formalin yang melekat dan melekit....
Hari pertama aku dah kena marah dengan Dr. Nemcova atas sebab yang bukan aku yang buat. Ada budak group aku yang terpotong Extensor Retinaculum kat kaki, alih-alih aku yang kena marah sebab kebetulan aku tengah belek-belek part tu. Padahal aku baru je pegang...aku diam jela...lepas tu Dr. Nemcova tanya aku macam-macam soalan dan aku sangat stress sebab tak dapat jawab.
Sepanjang 1 minggu dissection course, memang penat jugala...dissection start dalam pukul 2.30pm sampai 5.45 pm...memang struggle jugala ditambah dengan musim yang sejuk macam dalam peti ais. Menghadap lagi cadaver yang kadang-kadang membuatkan tahap kegabanan bertambah-tambah...balik rumah je terus baca buku dan tengok atlas Anatomy beserta kopi yang pekat. Kena baca lagi pasal topography yang membengongkan seperti femoral triangle, inguinal canal, hesselbach's triangle, axilla, quadrangular space, dan macam-macam lagi...tu belum lagi brachial plexus, branches of arteries, veins dan nerves disamping muscles dan functions yang semestinya wajib diingati dan disayangi.
Bercerita tentang exam semalam, perasaan semasa exam memang sangat stress...pagi tu aku ada skull test dan failed sebab aku memang tak study sangat tang skull ni...lagi la tambah stress aku...sampai nak baca pun macam nak makan je buku tu.
......
......
......
Dipendekkan cerita, sampai la turn aku untuk di-"examine"....untuk group 1051, examiners ialah Dr. Snajdr dan Dr. Eliska (sebut Elishka). Time aku kena panggil masuk dalam dissection room, jantung aku memang berdegup laju macam nak pecah (saja nak exaggerate). Dan bila Dr. Eliska tunjuk kat aku, pergh memang rasa macam nak lari je. Ni ialah antara petikan dialog aku bersama beliau.
Dr. Eliska: Show me your forcep.
Aku: This is it.
....
Dr. Eliska: Okay, can you show me the flexor digitorum superficialis?
Aku (sambil mengorek dan menyepit muscle dengan forcep: Profesor, this is it.
Dr. Eliska: Yes, it is. What's the innervation?
Aku: Median nerve
Dr. Eliska: Yes, why not
............
............
............
Dr. Eliska: Where is the obturator nerve?
Aku: Emm, it's here. It is from this plexus and goes through the obturator foramen.
Dr. Eliska: Yes, you are right.
bla bla bla bla bla
Itula antara petikan session aku bersama Dr. Eliska...tapi aku tak dapat A sebab aku tersalah jawab 1 soalan di mana aku tersilap Flexor Hallucis Longus dengn Flexor Digitorum Longus. Tapi memang sangat beruntungla sebab dapat juga B walaupun aku sangat takut kena D pula. Alhamdulillah syukur nikmat...
*Malas nak tulis lagi, entahla mood untuk memblog semakin kurang*
Sekian,
Terima kasih.
Wassalamualaikum
Salam 1 Malaysia
teruskan berbloging :)
ReplyDeletegud :)!! blaja bebaek wawan!
ReplyDelete