Komrad

Feb 28, 2010

KUPAS

Assalamualaikum...

Akhirknya KUPAS ke 3 dah habis...tempohnya agak singkat iaitu selama hanya 2 hari dari 26 hingga 27 Februari tp banyak yg aku dpt belajar dan ketahui dari program ni.

Aku diamanahkan oleh Al-Fadhil Ustaz Sameer utk menjadi Imam bagi Solat Maghrib dan Isyak secara berjemaah di Dewan Tun Hussien Onn...walaupun pd mulanya aku merasakan amanah ini sebagai 1 penghormatan, namun pd masa yg sama aku berasakan ianya sebagai 1 amanah yg begitu berat bagiku.

Imam...bukanlah 1 tugas yg mudah.Bukan semua org boleh mnjadi Imam....aku merasakan aku bukanlah org yg layak menjadi Imam namun kerana amanah aku lakukan juga.

Overall, KUPAS ni best juga. Tp dalam program2 yang diadakan,1 ceramah yg aku kurang puas hati (ceramah Brother Lim). Ceramah Ust. Fakhrurazi, bagiku sgt bagus dan berguna bg warga KMS khususnya dan Umat Islam amnya kerana membincangkan soal Iman dan Akidah yang sebenar bagi Ahlus Sunnah Wal Jamaah.

Dari awal lagi aku mmg nmpak Brother Lim ni mcm menyebabkan aku kurang bersetuju dgnnya. Beliau mengatakan salah orang Islam di kampungnya yang menyebabkan ibu dan abangnya meninggal dunia dlm keadaan Kafir kerana tidak langsung ada usaha untuk memberikan pendedahan mengenai Islam kepada mereka.

Beliau menyatakan Orang Kafir boleh guna perkataan Allah untuk menamakan Tuhan mereka. Bagiku ini amat bersalahan dengan peganganku, beliau seolah-olah bersetuju meletakkan kalimah Allah yang Maha Suci itu kepada Tuhan yang orang kafir percaya yg dengan jelas menyekutukan Allah (Konsep 3 in 1 Trinity)

Beliau juga dengan selamba menggunakan kalimah Jihad untuk memaksudkan perbuatan hubungan kelamin. Pd mulanya kelihatan baik sahaja kerana digunakan utk menjelaskan hubungan suami isteri saja (yang suci dan satu ibadat jika kena caranya). Namun, apabila digunakan utk perbuatan bersekududukan @ zina @ adultery aku sangat tidak bersetuju kerana jihad ialah satu perkara yg suci dan merupakan jalan taqarrub kepada Allah.

Namun demikian, aku berterima kasih juga kpd Brother Lim yang sedikit sebanyak memberikan peluang kpd ku untuk memikirkan tentang persoalan adakah Bible itu Kalam Tuhan?

*Aku dapat anugerah Peserta Mithali...tak tahu kenapa tapi rasa segan pula sebab rasa tidak layak.

**Syabas dan tahniah kepada Saudaraku Jhar yg berani utk berdialog dengan Brother Lim tentang isu kalimah Allah. Walaupun kelihatannya beliau tewas, namun aku yakin masa kebenaran akan tiba kelak, Insya Allah.

Feb 23, 2010

Adi Putra Adi Putra

Aku baru sja browse kat MyMetro,saja tgk2 mna tau ada news yg best.

Tiba tiba aku terbaca pasal produk Syarikat Adi Putra yg jd isu sekarang ni....Adi Putra si budak geniyus matematik tuh.

Produk Adi Putra didakwa tiru jamu tradisional, majun


"PETALING JAYA: Kemusykilan berhubung pihak bertanggungjawab membekalkan pil ubat penawar sendi tulang kepada syarikat milik kanak-kanak genius, Adi Putra Abdul Ghani , 11, hampir terjawab apabila Bahagian Penguat Kuasa Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merampas satu produk jamu tradisional yang 100 peratus mirip produk kontroversi berkenaan.
Produk jamu itu adalah majun dan dijual di utara tanah air."

Ni la antara petikan akhbar yg aku copy paste dr MyMetro Selasa 23 Februari 2010.

Tak tau lagi la samada memang betul Syarikat Adi Putra ni memang buat produk tu atau sekadar "copy paste" je sambil mengaku barang tu dorang punya. Beberapa hari lepas dah kecoh pasal produk Adi Putra ni ada unsur steroid.

Hmm, mungkin bukan Adi Putra yg merancang semua ni (dia kena eksploit kot sebab feymes) tp siapa tahu kan.

Sebenarnya dari dulu lagi aku memang tak berapa berkenan sangat dgn budak sorg nih. Bukan sebab kepandaian atau kegeniyusan dia, tp sebab beberapa perkara yg terlalu diperbesarkan dan mengundang rasa meluat bagiku.

Ada yang kata dia ni penyelamat umat Islamla, itula, inila...tapi siapa tahu kan?
Mungkin ya, mungkin tidak.

Ni part yang paling best selepas Adi Putra kantoi "tipu" orang

“Dalam sidang akhbar Adi Putra Sabtu lalu memberitahu pihaknya langsung tidak mengetahui pengilang yang membekalkan produk terbabit kepada mereka, malah memaklumkan produknya sudah diuji di makmal universiti di negara ini,” katanya.
“Bagaimanapun, pihak universiti dinyatakan menafikan berhubung ujian makmal dan kandungan selamat produk Adi Putra terbabit sebelum pihak Adi Putra memberi alasan baru kononnya produk miliknya sedang menjalani ujian makmal di Universiti Sains Malaysia (USM) dan makmal bebas di Singapura.

“Alasan demi alasan tidak konsisten ini menambahkan lagi keraguan pengguna apatah lagi Adi Putra tidak pernah mempunyai sebarang kelulusan atau pengetahuan akademik berhubung sains perubatan,” katanya.

Maulidur Rasul

Muslimin Muslimat dijemput untuk menghadiri Sambutan Maulidur Rasul YAYASAN SOFA NEGERI SEMBILAN, sepertimana ketetapan berikut :
Majlis : Majlis Sambutan Maulidur Rasul Perdana 1431 Hijrah,
Tarikh : 27 hb Februari 2010 M ( Sabtu )
13 Rabiul Awwal 1431 Hijrah
Masa : Bermula 5.30 petang
Tempat : Kompleks Yayasan Sofa
71350 Kota, Rembau Negeri Sembilan.
Dipetik dari laman web Yayasan Sofa Negeri Sembilan

Feb 21, 2010

Kembalilah ke pangkal jalan

Akhir-akhir ni, aku merasakan yang aku semakin jauh daripada-Nya.

Ya, memang salahku.

Aku merasakan keserabutan, kesempitan, dan kesusahan yang membuatkan jiwa remajaku entah ke mana.

Aku solat (aku orang Islam)

Namun kurasakan aku hanya sekadar menunaikan kewajipanku sebagai orang Islam

*Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosaku.
Kau berikanlah aku kelapangan,kemudahan dan ketenangan seperti yang Kau pernah berikan dulu.
Janganlah Kau biarkan aku hanyut dari jalan-Mu
Amin

Feb 11, 2010

Pabila Stres Melanda Diri

Aku sangat stres...

Exam FINAL IB bulan Mei nnt.dah dekat...

Alhamdulillah semua kerja2 ada yang dah siap dan hampir siap...

Cuma aku masih sangkut kat Extended Essay aku tp lepas CNY ni aku hantar final 2 copies.

Jumaat ni (12/02/2010) akan ada Academic Day kat KMS...

Mentor aku (Pn.Zolbidah) tanya parents aku dapat datang ke tak...aku kata tak. Dorang kat Sabah.

Aku agak stres...point untuk sem 3 aku jatuh.

Aku telah merasakan tekanan yang amat sangat.

Kena marah hingga menyebabkan mood aku turun ke tahap yang tak pernah aku alami.

Bila tengok result test Chem pun aku hancor.....aku baru sedar yang aku banyak gila buat benda bodoh dalam test Chem tuh.

Apa dah jadi ni Safwan?

Oh Allah, please help me...guide me to the right path.
Don't let me down...Give me the strength to face this hard time.
I know that You are the Almighty God, The Most Merciful.

Amiiiiiiiiin.

Feb 9, 2010

MALANG YANG TAK BERBAU

orang tua selalu kata,

malang tak berbau...yela mna ada bau.

Bukan macam kentut yang mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan.

*Lutut aku sakit sebenarnya,tu je yang aku nk cuba sampaikan