Minggu ini merupakan minggu paling sibuk dan tepu bagi aku dan member-member lain kat 1st Faculty of Medicine, Charles University in Prague...kenapa?
Muka stress sambil minum kopi Jihlavanka yang macam kuda
ISNIN:
Akan ada test Latin...aku memang bengang dengan Latin ni, banyak betul benda-benda pelik kena belajar macam 1st, 2nd, 3rd, 4th dan 5th declensions...
SELASA:
Akan ada test Histology. Huhu, slide test yang sangat menggusarkan jiwa raga seorang remaja. Bukan merepek cuma merapu, aku macam nak makan je Buku Junqueira bila tengok cells dan tissues ni. Ditambah dengan buku colour atlas Thieme yang macam sedap dibuat sup, lagi la menambahkan tahap kurang siuman mental aku.
RABU:
Untuk Rabu, alhamdulillah tiada test untuk hari ini...bermakna ini adalah hari untuk aku berendam dengan sepenuh badan dalam lautan Anatomy.
KHAMIS:
Hari untuk repeat tests bersama cikgu kesayangan Dr. Veronika Nemcova. Aku akan habiskan repeat tests yang aku failed; Schema of pelvic, Skull dan Head and Neck. Memang mencabar tahap keorangan aku. Aku taknak failed lagi sebab aku taknak buat credit test yang lagi la mampu membuatkan aku akan menjadi luar tahap normal aku.
JUMAAT:
Hari terakhir dalam minggu ini tapi hari ini jugala hari yang selalu mengganggu keharmonian aku bila mana ada test Anatomy. Untuk minggu ini, test pasal oral region dan alimentary canal. Test akan dalam bentuk slide test di mana cikgu akan tunjuk gambar-gambar yang pelik dan kena jawab sepantas kilat; schematic drawing di mana cikgu akan suruh lukis part-part ikut suka dia nak apa dan oral test di mana cikgu akan tanya secara lisan part-part yang berkaitan seperti liver, stomach dan small intestine.
Kitab Latin karya Dana Svobodova yang sangat menekan jiwa
Kitab Junqueira yang mencuit hati
Kitab Colour Atlas Thieme yang menggembirakan
Himpunan kitab-kitab Anatomy yang menimbulkan kelaparan
Dari kiri: Zaklady Anatomie 5, Zaklady Anatomie 3, Snell's Clinical Anatomy dan Netter's Atlas of Human Anatomy
Keadaan meja no. 2 umpama dilanggar beruang. Meja no. 1 usah cerita.
Sekian.
"Seperti selepas malam datangnya siang, begitulah selepas susah ada kesenangan"
karipap sangat sedap
ReplyDeletewaaaaaaa~ semoga berjaya wawaan.. aja2 fighting!
ReplyDelete