Komrad

Jan 17, 2011

Kerana sebuah hadiah

Assalamualaikum WBT

Salam 1 Malaysia

Alhamdulillah, syukur kepada Allah yang masih lagi memberikan peluang untuk aku hidup dan bernafas dengan sihatnya di atas muka bumi-Nya ini...bukan semua orang berpeluang untuk meneruskan kehidupannya walau sesaat kalau tidak dengan izin-Nya.

Ada apa dengan hadiah?

Jujur aku katakan, untuk 15 tahun pertama dalam hidupku aku belajar kerana aku nak dapat hadiah...mungkin ada yang akan kata,

"Eh, kau ni tak ikhlas la belajar."

"Kau belajar pasal nak dapat hadiah je?"

...dan banyak lagi.

Tapi tak ada sesiapa pun yang nak tau kenapa aku macam tu dulu. Yang ada cumalah suara-suara sumbang yang mengata aku di belakang tabir.

Mari sini aku cerita kisah hidup aku yang sebenarnya...

16 tahun dulu...ketika aku berumur 5 tahun...

Aku masuk TADIKA...ya, aku masuk TADIKA di usia 5 tahun...mula-mula aku memang sangat benci untuk masuk TADIKA ni, yela budak-budak lagi kan...rasa lagi seronok duduk di rumah, tengok tv, minum susu botol, main LEGO, tidur dan banyak lagi benda-benda yang seronok untuk dilakukan bagi kanak-kanak berusia 5 tahun.

Tapi itu tak lama...bila dah ramai kawan di TADIKA, aku mula rasa seronok. Dapat main ramai-ramai...main kejar-kejar dan banyak lagi...sangat semangat pula untuk ke sekolah @ TADIKA sampailah aku pernah datang TADIKA walaupun cuti!!!!

Kehidupan di TADIKA sangat menyeronokkan tapi rasanya aku hanya menghabiskan masa dengan bermain saja....tapi kegembiraan itu hilang selepas setahun...apabila aku habis belajar di TADIKA.

Waktu Hari Anugerah untuk TADIKA, aku tak dapat apa-apa hadiah pun...

...sebab aku dapat nombor kedua corot dalam kelas...

Dan yang paling sedih aku tak dapat sijil tanda aku pernah masuk TADIKA pun...aku sangat sedih waktu tu. Sehari sebelumnya aku tengok mak saudara aku dapat hadiah di sekolahnya....

Memang sangat sedih sampai aku menangis sepanjang jalan pulang ke rumah....

Sejak itu, aku mula berubah. Belajar, belajar dan belajar dengan niat untuk dapat nombor 1 dalam kelas.

Masuk darjah 1, aku dapat nombor tiga...dapatlah naik pentas terima hadiah waktu Hari Anugerah tapi masih lagi tak puas hati

Darjah 2, Alhamdulillah...akhirnya aku dapat nombor 1, yeayyyy!!!! punyala gembira aku waktu tu...

Dan syukur aku dapat mengekalkannya sehinggalah aku Tingkatan 3 (kecuali Tingkatan 2 apabila aku dapat nombor 2 dan aku sangat stress jugala)....

Dan kegigihan untuk aku belajar masih lagi disebabkan hadiah...

Namun itu semua berakhir apabila aku dapat result PMR 2005. Aku dapat 8A 1B tapi aku bukanlah pelajar terbaik sebab ada dua orang lagi kawan aku yang dapat 9A.

Untuk seminggu, aku berkabung bermuram durja umpama dapat 9D...bukanlah tidak bersyukur tapi semacam ada rasa dengki dalam diri aku dengan dua orang kawan tu...

Untuk seminggu juga, aku kurang bercakap...

Untuk seminggu juga, aku kurang makan...

Mak Abah aku naik hairan dan bimbang dengan aku...dan alhamdulillah atas usaha mereka untuk memujuk dan memberikan kata-kata semangat, akhirnya aku kembali bersemangat...

Ya, aku kembali bersemangat...dan semenjak itu, aku mengubah niat.

"Aku belajar bukanlah kerana nama, hadiah mahupun pujian"

...tapi aku tak akan lupa yang aku pernah belajar hanya kerana nama, hadiah dan pujian....kerana itulah titik perubahan hidupku.

Dan alhamdulillah, akhirnya aku mampu sampai ke 1st Faculty of Medicine, Charles University in Prague, Czech Republic atas belas kasihan ALLAH dan juga usahaku selama ini biarpun ada banyak ujian dan cabaran yang hampir membuatku berputus asa.

Terima kasih buat-Mu Allah...

*Terima kasih kepada kedua ibu bapaku; Idrus Hj. Junsin dan Rusnah Hj. Ali Hussin, adik beradik ku dan ahli-ahli keluargaku atas sokongan kalian ke atas diriku selama ini...

*Terima kasih juga buat guru-guruku, sahabat-sahabat dan sesiapa sahaja yang sudi untuk memberikanku pengajaran untuk hidup lebih kuat di dunia ini...

bersama keluarga tercinta di saat pemergian ke negara orang


Sekian,
Ahmad Safwan bin Idrus
Legerova, Prague 2,
Czech Republic

1 comment:

Sebarang masalah?