Komrad

Mar 5, 2011

Histology? Anatomy? (Part 1)

Assalamualaikum WBT (sila baca dengan betul, jangan kata saya ambil perkataan ni dari bahasa Nigeria Purba)

Salam 1 Malaysia

Alhamdulillah, 1 lagi minggu baru berakhir. Memang rasa cepat je masa berlalu, mungkin sebab Kiamat dah dekat sebab tu masa ni rasa cepat je berlalu (mengikut apa yang saya belajar, keberkatan masa ni perlahan-lahan ditarik balik oleh Allah SWT)

Kali ni, saya nak cerita pasal kehidupan saya sebagai Student Medicine 1st Year. Untuk 1st year nih, subjek mandatori untuk lepas (lulus) di Charles University in Prague ni ialah Anatomy dan Histology. Kalau nak tau apa itu Anatomy, sila rujuk sini. Bahasa mudah dia, kita belajar pasal badan manusia, organ, sistem dan segala benda yang ada dalam badan manusia. Memang agak teruja juga la dapat tengok live benda-benda macam hati, jantung, perut dan pelbagai lagi benda yang ada kat badan ni walaupun kadang-kadang kesian kat pakcik makcik kadaver ni kena kerat-kerat. Mari saya senaraikan apa yang saya telah belajar dan akan belajar pasal Anatomy ni
  1. Skeleton and its connection, muscles, fascias, osteofacial compartments
  2. Gastrointestinal tract atau lebih mesra dipanggil GIT
  3. Respiratory system
  4. Urinary and reproductive system
  5. Heart
  6. Arteries
  7. Veins
  8. Lymphatic system
  9. Central Nervous System (CNS)
  10. Peripheral Nervous System (PNS)
  11. Sensory organs, skin and endocrine glands
  12. Regional Anatomy


Histology ni pula belajar pasal Microscopy Anatomy dan sila tengok sini. Kenapa kena panggil macam tu? Sebab dalam Histology, kita tengok benda-benda yang hanya dapat dilihat menggunakan mikroskop macam sel dan tisu sesuatu organ mahupun sistem. Dan untuk itu, saya belajar pasal benda-benda macam ni
  1. Histological techniques, cytology, tissues
  2. Systemic Histology
  3. Embryology
Untuk pengetahuan semua,  sistem pembelajaran di 1st Faculty of Medicine, Charles University in Prague ni ialah sistem tradisional. Kenapa tradisional? Kenapa bukan Program Based Learning (PBL) mahupun Integrated System? Itu kena la tanya kat Senate kot, tapi dalam sistem tradisional ni, exam dibuat melalui sistem oral exam secara majoritinya (melalui apa yang saya dengar dari seniors, academic years yang mendatang adala sikit written exam). Dan kerana oral exam itu jugala membuatkan sistem tradisional begitu "menakutkan".


Itu la serba sedikit, nanti saya akan cerita lagi dalam Part 2.


Salam

No comments:

Post a Comment

Sebarang masalah?