Komrad

Mar 22, 2011

Kawinla Jauh-jauh (Baca sampai habis untuk elakkan salah paham)

Assalamualaikum WBT

Salam 1 Dunia

AMARAN: PENGGUNAAN BAHASA DALAM ENTRI KALI INI AGAK KE-SABAH-AN KERANA SAYA MEMANG ORANG SABAH.

Entri ini ditulis bersempena dengan Ujian Genetics saya hari ini (22/03/2011).

Jangan salah paham, bukanlah saya mau suruh kamu orang pigi kawin di sempadan Thailand, Indonesia mahupun Sulawesi. Tapi ini ada kaitan dengan Consanguineous Marriage ataupun Kawin Sepupu.

Jika anda pecaya Encik Wikipedia, bolehla klik link ini. Senang cerita, kamu ada sepupu nda kirala dari sebelah bapa sebelah mama ka, lepas tu kamu kawin sama dia. Ha, itula kawin sepupu.

Dari segi genetiknya, kawin sepupu ni kurang digalakkan pasal kemungkinan untuk satu trait penyakit sesuatu keluarga untuk diturunkan kepada generasi seterusnya jadi tinggi. Saya pun nda tau apa perkataan Melayu untuk trait tapi boleh bayangkan la trait tu sebagai sesuatu yang dapat diturunkan secara genetik kepada anak-anak.

Dan, consanguineous marriage ni selalunya akan dikaitkan dengan Autosomal Recesssive Inheritance. Maksudnya, trait untuk sesuatu penyakit itu hanya akan dapat kita tengok bila jadi homozygous recessive (boleh tengok dalam link di atas). Dan ini biasanya akan berlaku dalam keluarga yang mengamalkan perkahwinan sepupu-sepapat ataupun mana-mana pasangan yang ada hubungan keluarga yang dekat.

Sebab tu, ramai keluarga hari ini yang kurang galakkan anak-anak dia orang kawin sesama sepupu ataupun sesiapa yang dalam lingkungan keluarga dekat.

Antara penyakit yang biasanya jadi kalau ada Autosomal Recessive Inheritance ni ialah Cystic Fibrosis, Phenylketonuria, Sickle Cell Anemia dan Albinism.

Biasanya, keluarga yang amalkan kawin sepupu ni keluarga diraja mahupun bangsawan pasan dia orang mau jaga itu darah "terhormat" ataupun mau jaga pemilikan harta. Tapi ada juga kes yang pasal kawin dia orang ni suka sama suka.

Walaubagaimanapun, Islam membenarkan kawin sepupu ni dan Nabi Muhammad SAW sendiri mengahwini sepupu Baginda iaitu Zaynab binti Jasyh. Baginda juga mengahwinkan anak-anak Baginda; Ummu Kalthum - 'Utbah dan Ruqayyah - 'Utaybah serta Fatimah - Saidina Ali (sepupu Baginda).

Menariknya, saya terjumpa satu soal-jawab dalam laman web Majlis Ulama ISMA pasal isu kawin sepupu ni. Menurut laman web tersebut,
"Namun dakwaan ini tidaklah boleh diterima secara mutlak, kerana banyak kajian-kajian perubatan yang dijalankan mutakhir ini menunjukkan risiko untuk mendapat anak yang cacat atau mempunyai penyakit warisan hanya pada nisbah 7-8 peratus sahaja bagi suami dan isteri yang terdiri daripada keluarga terdekat, manakala risiko yang sama hanya pada kadar 5 peratus sahaja jika suami dan isteri bukan terdiri daripada keluarga terdekat."
"Kajian-kajian tersebut membuat kesimpulan bahawa tidaklah boleh untuk menghalang daripada berlakunya perkahwinan di kalangan keluarga terdekat, sebaliknya mereka hendaklah dinasihatkan menjalankan pemeriksaan perubatan terlebih dahulu sebelum melangsungkan perkahwinan bagi mengenal pasti penyakit yang mungkin diperolehi oleh anak yang bakal dilahirkan"
 Ini sekaligus boleh bagi kita jawapan kenapa Islam membenarkan perkawinan sepupu / consanguineous marriage ni. Memetik lagi dari jawapannya,

"Tambahan pula, perkahwinan di antara keluarga terdekat juga turut mempunyai sudut-sudut yang positif, seperti mengekalkan sifat-sifat istimewa tertentu yang terdapat dalam sesebuah keluarga seperti pintar, kuat, cantik dan sebagainya. Pada ketika itu, perkahwinan dengan keluarga terdekat adalah lebih baik daripada perkahwinan dengan orang yang jauh kerana sesuatu keluarga itu akan terus mengekalkan sifat-sifat baik tersebut."
 Mungkin di sini nampak macam Sains tu bercanggah pula dengan Islam. Tapi, banyak benda lagi kita nda tau kan? Ilmu Allah tu luas. Nda mungkin Allah akan membenarkan sesuatu perkara secara mutlak dan berterusan kalau ia mendatangkan kemudharatan kan?

Masalahnya, sekarang ni orang banyak tolak Islam pasal dia orang cakap Islam ni lawan hukum Sains. Ni la puak-puak Atheis (nda pecaya agama dan Tuhan). Tapi saya nda mau la tulis pasal Atheis pula sini, nanti jadi panjang telampau pula entri ni kan. InsyaAllah kalau ada masa saya cuba tulis pula pasal Atheis ni.

Kesimpulannya, setiap sesuatu tu pasti ada kebaikan dan keburukan. Kita manusia ni ada akal, guna akal lepas tu jangan buang agama, insyaAllah selamat dunia dan akhirat (sila pikir kaitan dengan tajuk entri ni, dalam ni maksud dia).

Renung-renungkan dan selamat beramal.

3 comments:

  1. Maksudnya? Boleh kahwin saudara la?

    CUma ada kajian mendapati kahwin bekeluarga ni anaknya akan cacat, ataupun kurang genius kan??

    ReplyDelete
  2. @Cinoi Boleh, saudara mcm sepupu la...mmg kajian tu ckp kemungkinan utk anak dpt penyakit tu mkin naik

    ReplyDelete
  3. tp klau aku pun nda la mau kwin dkt2. nda menarik tu genetik. HEHEHE

    ReplyDelete

Sebarang masalah?