Komrad

Mar 22, 2011

Saya dan Bola

Assalamualaikum WBT

Salam 1 Dunia

Rasanya hampir semua umat manusia yang berusia 7 tahun ke atas tahu kan apa itu bola sepak kan? Well, so kali ini saya nak tulis pasal bola sepak la pulak atau lebih ringkas bola.

Dari kecik lagi saya memang suka dengan bola samada main atau tengok bola tapi malangnya sampai sekarang tak la power pula main bola ni. Setakat sepak penalti tu boleh la. Waktu kecik-kecik dulu saya suka main bola kat padang sekolah tepi rumah petang-petang sampai maghrib. Lepas tu abah saya akan datang kadang-kadang sambil bawa rotan suruh balik rumah. Oh itu sangat nostalgik dirotan depan kawan-kawan tapi itu la juga yang mengajar saya supaya balik rumah sebelum maghrib.

Disebabkan saya suka main bola, saya selalu dapat seliuh di kaki sampai bengkak pergelangan kaki (ankle). Lepas tu mulala nangis depan mama suruh bawa jumpa tukang urut lepas tu nak nangis tahan sakit kena urut. Boleh kata, dalam sebulan adala 2 hingga 3 kali saya akan jumpa tukang urut. Dan kesannya? Sampai sekarang ankle kanan saya ada masalah, senang sangat nak terseliuh. Bahasa mudahnya, sudah loose.

Cakap pasal team bola pula, dulu saya sangat suka tengok pasukan Sabah main dalam Liga Malaysia (dalam hujung 90-an). Waktu tu pula Sabah memang antara team yang boleh kata super jugala. Saya ingat lagi antara pemain top macam Khairul Azman Mohamed, Yap Wai Loon, Jelius Ating, Burhan Ajui, Suharmin Yusuf, Mohd. Jaya Kassim dan beberapa orang lagi. Lepas tu layan pula kalau ada siaran langsung di Radio Sabah, pengulas dia memang best macam Jali Jambol, Awang Shari Haji Ramlee beberapa orang lagi yang sudah saya lupa. Memang tak pernah miss dan lagi best kalau ada siaran langsung di TV, memang melekat terus.

Saya ingat lagi waktu Sabah main dalam Final Piala Malaysia 2 tahun berturut-turut tapi kalah dua-dua (2002 lawan Selangor; kalah 1-0 Golden Goal), (2003 lawan Selangor MPPJ kalah 3-0). Memang nasib tak baikla, sedangkan dulu Sabah antara pasukan pilihan untuk menang...dah bukan rezeki Sabah jadi juara.

Team Sabah dolu-dolu (Sumber: Group Penyokong SabahHawks)


Itu kalau team tempatan. Luar negara? Saya suka layan EPL. Kenapa? Sebab dulu saya jarang layan La Liga. Tau jela, dulu bukan macam sekarang ada Astro. Dulu kalau EPL tengok Highlight je la selalu kat TV3. Dan saya fan Manchester United. Dan di rumah memang ada "seteru" la iaitu Abah saya yang merupakan penyokong Liverpool sepanjang zaman. Waktu kecik dulu, dia selalu cerita pasal Kenny Daglish la, Gary Lineker la, Ian Rush la dan banyak lagi. Tapi entah kenapa saya tak tergerak hati pun nak jadi supporter Liverpool.

Abah memang sporting kalau pasal bola ni. Banyak benda pasal bola boleh cerita dengan Abah. Kadang-kadang saya akan kata Liverpool itu dan ini. Lepas tu Abah cari point pula nak kata itu dan ini pasal Manchester United. Paling best kalau Manchester United lawan Liverpool memang melekatla dua-dua depan TV lepas tu memang keadaan agak tensi. Dan paling tak best juga Manchester United asyik kalah bila main di Anfield. Memang down. Huhu, saya rindu kan Abah saya bak kata pepatah "My Abah, My Hero" (eh, ada kaitan ke?)...Glory-glory Man United!

Manchester United (Sumber: Manchester United Fan Club Blog)
Itu sajala antara benda yang saya nak cerita untuk entri "Saya dan Bola". Saya taknak la cerita sangat pasal team bola sebab ini bukannya Sokernet mahupun Sokerleaks. Saya cuma nak cerita pasal kaitan bola dengan diri saya dan saya bukannya bola (ada kaitan ke ni?). Harap maaf sekiranya membosankan. Sebarang teguran/ komen amatlah dihargai


Majulah Bola Sepak Untuk Semua.

2 comments:

  1. lepak sini santai2 tengok bola.....nice info :)

    ReplyDelete
  2. AquezyeZye: hehe, rindu zaman Sabah hebat dalam Liga Malaysia dulu. Harap2 team sekarang ni dapat bawa balik zaman tu (walaupun nampak macam susah)

    ReplyDelete

Sebarang masalah?