Assalamualaikum WBT
Salam 1 Dunia
PERHATIAN: SAYA INGIN MEMOHON MAAF SEKIRANYA ENTRY INI AMAT MEMBOSANKAN TAPI ITULAH SAYA. TAPI SEKIRANYA TERLALU BOSAN BOLEHLAH TEGUR, INSYA ALLAH SAYA TAK KECIL HATI
Seperti yang dijanjikan dalam entry saya sebelum ini iaitu "Untuk Para Lepasan SPM 2010 (Bahagian 1)", kali ini saya akan cerita dengan lebih detail pasal Program Ijazah Luar Negara Tajaan MARA dan untuk lagi spesifik program Perubatan kerana saya sendiri sedang berada di dalam program ini.
Lepas dapat keputusan SPM, bolehlah tengok-tengok kalau ada iklan kat SuratKhabar yang terkini ataupun iklan di radiotelevisyen ataupun iklan di laman web MARA mahupun iklan dari mulut ke mulut (awas, ini bukan ciuman mulut ke mulut mahupun bantuan pernafasan mulut ke mulut). Biasanya dalam iklan tu ada la dia letak syarat kelayakan; sebagai contoh pada zaman saya dulu kena dapat sekurang-kurangnya A2 untuk subjek Biology, Physics, Add Math, Chemistry dan semua subjek teras.
Lepas tu bolehla isi borang secara online. Dulu ada option untuk pilih JPA atau MARA tapi dengar cerita JPA dah tak hantar ke luar negara atas sebab kewangan (belum berapa sahih, tertakluk kepada perubahan). Mula-mula saya pilih JPA dulu tapi entah tak ingat kenapa tiba-tiba teringin nak duduk bawah MARA.
Kemudian, dalam bulan April macam tu bolehlah check result application tuh. Kalau dapat syukur Alhamdulillah. Kalau tak dapat, jangan sedih rezeki ada di mana-mana. Tapi sebagai langkah keselamatan, jangan lupa apply UPU untuk masuk IPTA di bawah Program Asasi. Banyak-banyakla doa ye.
Time ni jugala kena siap sedia tunggu kat pejabat pos mahupun peti surat depan rumah sebab MARA akan hantar surat pemberitahuan beserta borang untuk dibawa waktu temuduga. Tapi dalam sesetengah kes macam saya, surat lambat sampai dan mujur Pegawai MARA call rumah dan suruh datang temu duga lusanya. Memang kalutla....huhu.
Untuk interview, kena la pandai buat Curriculum Vitae (lebih kurang macam Resume la), lepas tu kena bawa sijil-sijil yang berkaitan, lepas tu kena la kemaskan penampilan. Untuk lelaki kena pakai neck-tie, rambut kemas, baju jangan lupa gosok, kasut kena bersinar-sinar boleh buat cermin. Untuk perempuan bolehla pakai baju formal ataupun baju kurung asalkan sedap mata memandang bukannya seksa mata memandang. Dan paling penting, kena sediakan mental juga. Kalau ada permintaan untuk meminta saya cerita pasal interview, insyaAllah saya akan buat. Kalau tiada, saya mungkin tak akan buatla.
Lepas interview, tunggula dulu dalam sebulan macam tu...memang menguji kesabaran nih. Kalau ada rezeki Alhamdulillah. Kalau tak dapat, jangan bersedih...cuba buat rayuan mana tau dapat. Kemuadian, nanti akan dapatla surat tawaran yang akan bagitau destinasi dan program persediaan sebelum keluar negara. Kalau MARA ni, biasanya dia akan bagi student buat A-Level, International Baccalaureate (saya buat yang ni), Australian Matriculation, South Australian Matriculation dan beberapa lagi. Tapi selalunya saya dengar budak Medik ni buat A-Level atau IB la.
Bila dah dapat, isi lagi borang perjanjian MARA yang sangat melecehkan tapi apa nak buat, bukan senang nak dapat orang nak bagi duit untuk kita belajar kan? Lepas tu masukla program 2 tahun ni (A-Level atau IB) di mana kena lepas la point minimum untuk melayakkan pelajar untuk meneruskan pelajaran ke luar negara (A-Level 13/15 dan IB 35/45). Untuk IB, MARA akan letak pelajar samada ke Kolej MARA Banting (bound UK/Ireland/Australia/New Zealand) dan Kolej MARA Seremban (bound India/Czech Republic/Poland)
Waktu dalam program persediaan ini jugala memang mencabar tapi best. Dulu saya buat IB di Kolej MARA Seremban dan pada asalnya ditaja untuk ke India. Tapi rezeki Allah bagi, saya dapat pula mohon untuk ke Czech Republic untuk sambung belajar di Charles University in Prague, 1st Faculty of Medicine. Untuk sampai sini, kena jugala ambil Entrance Exam dan Interview. Dan sebenarnya juga saya hampir-hampir gagal untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara sebab tak lepas point (saya dapat 34, banyak sangat main) tapi atas rezeki Allah jugala dan doa ibu bapa, guru-guru dan rakan-rakan, dapat juga saya sampai di Prague ni
*Pengajaran: Jangan mudah putus asa*
Mungkin ini sajala yang dapat saya tulis setakat ini. Kalau ada sebarang pertanyaan usah malu usah segan bolehla tanya. Harap maaf sekiranya entry ni kurang lengkap dan kurang menjawab persoalan tapi silalah tanya ye. Dan insyaAllah kalau ada permintaan, saya tidak akan keberatan untuk menulis lagi entry berkenaan dengan persoalan yang ditanya.
Sekian, Salam 1 Dunia
nak reference esei untuk temuduga MARA?
ReplyDeletecome to my blog! :D
kn bgus klau jmpa nie lpas spm dlu. XD
ReplyDeleteLisa: hehe, promote blog nampak :)
ReplyDeletedG: ndapa, ada masa lg
yang pasal interview tue.. is it fully in english?? and the common question would be asked?? thanks..
ReplyDelete@Biey
ReplyDeleteyup, in english...depends mau buat course apa, klau medic mgkin dorg tanya atau dorg mau dgr,
"Why do you want to be a doctor?"
"If given choices, where do you want to do medicine?"
"what's the current health issue in Malaysia?"
"ratio of doctors:patient"
....
tp ada juga kawan pernah kna tanya,
"who's the current Health Minister?"
kena byk buat self-research la jg, facts and statistics might help.
boleh buat kan entry pasal how the temu duga was ? Hope you can share it. and, either JPA or MARA which one more better? Thanks for inform. we really appreciate it. :)
ReplyDelete@Anonymous
ReplyDeleteRasanya boleh tengok my latest entry post kalau nak tau pasal interview... i've made some suggestions, tips and also included some links there.
Pasal MARA or JPA. Both are good.
For JPA, it is full scholarship meaning here you don't have to pay back, but you have to work in govt sector for 10 years including the 2 internship years (Medicine)
For MARA, the one that I'm having now is Skim Pelajar Cemerlang (SPC). It's a convertible loan. Basically it's 1% payback when you have finished your study. Here, you don't have to work for goverment except for 5 years of compulsory service (2 + 3)
Assalamualaikum.. saya nak bertanya bagi program ijazah dlm ngr utk mara.. ada interview jugak ke? Time isi PILN tu die suruh pilih oversea or dlm ngr.. so saye pilih dlm ngr under mara.. adekah saye tetap akan dipanggil utk interview.. Thanx for reading this.. :)
ReplyDeleteWaalaikumussalam Anon, sorry baru terbaca komen ni...untuk dalam negara tak pasti pula la...
ReplyDeletemungkin ada mungkin tiada, kalau ada boleh la siap sedia untuk interview tu
apa-apa pun tunggu jawapan dari MARA
Assalamualaikum...
ReplyDeletesaya nak tnya, kalau kita cakap yg kita pilih ireland pastu akan buat persediaan kat kolej mara banting, betul ke??
saya nk buat esei nie..
harap dapat beri pndangan...tapi thnks blog nie sgt membantu!!!
kalau pilih paediatric???
actually, yana nak pergi republik czech..tapi tak tau sgt info, so yana nk tulis dlm esei pasal ireland..harap dpt beri info lebih!!!
kalau boleh, reply kat blog yana...boleh tak??please..sgt berharap!!!
salam, sy nk tanye ttg kehidupan di mara college banting dlm IB,hmmm..maksudnye ape xtvt yg dilakukan...??? tolong sgt reply....sy sgt berharap..:)
ReplyDeleteassalamualaikum, hmmm sy nk tnya adakah bile dioffer blaja di mara college bnting under IB programme, confirm trus ke oversea???
ReplyDeletetolong reply ye, sy sgt berharap..
trima kasih..:)
@Anonymous Waalaikumussalam
ReplyDeleteUntuk anon 1st, maaf saya kurang pasti dengan kehidupan di KMB sebab saya dari KMS. Tp mungkin ada juga persamaan sebab budak IB ni kena buat Creative, Action, Service (CAS). Mungkin boleh tengok kat widget Mister Linky saya kat atas tu cari nama ALIYA NAJIHA. dia student KMB
Untuk anon 2nd, IB ni pre-u course lebih kurgla macam matriks tu. kena lepas cut-off points dan utk sesetengah universiti terutamanya UK/Ireland, ada syarat2 lain macam IELTS dan Interview. Dan kalau tidak silap saya kena lepas certain points yg selalunya lagi tinggi dari sponsor nak.
Harap menjawab lah ye :)
assalamualaikum,
ReplyDeleteterima kasih sgt atas maklumat yg dikongsi...mmg sgt mmbantu dan sy sgt appreciate...thnks ye..
btw, ape itu IELTS??? bole trangkan..:)
tolong reply ye, sy sgt berharap..
trima kasih..:)
IELTS ni International English Language Testing System. Lebih kurg mcm MUET la, wajib utk sesiapa yg bound pergi native english-speaking countries. Nak cerita lebih pun saya tak tau sangat sebab tak ambil IELTS. Harap maaf ye
ReplyDeleteow...ok..terima ksih ye...okla...tima kasih for the info...
ReplyDeleten May ALLAH bless u...
good luck ye study..:)
trima kasih ye..:)
slm, nak tnye..if x lps requiremnt mara, is it still possible utk fly thru clearing? thanx..
ReplyDeletesalam, ada nak tanya juga, if ad knal memana student jpa x lepas cut off point, cmna proses seterusnya? ad possibility smbung lagi ke..
ReplyDelete@Anonymous
ReplyDeleteSalam, depends on MARA la...kalau result dekat2 dgn borderline...ada kemungkinan tinggi utk fly. Apa2 pun jgn give, usaha tangga kejayaan
@Anonymous
ReplyDeleteSalam, utk JPA tak pasti pula. Maaf
lau nk msuk IB mesti kena dpt straight A's for spm ek?
ReplyDelete@Anonymous
ReplyDeleteitu terpulang kpd sponsor, mungkin akan dpt A-Level, AUSMAT, IB dan lain-lain
saya akan buat IB di KMS nnti,,,, abang boleh bagi tipsskit x??
ReplyDeleteabang sekarang di czech la??
thanx,,,,,,,:D
Buat IB ni yang penting kena pandai time management, sebab banyak kerja akan kena buat mcm lab reports dan IA (internal assesments, EE (Extended Essays) dan macam-macam lagi.
DeleteMacam biasa, my best advice ialah jangan tangguh kerja dan kena ada momentum dari awal. Apa-apa pun good luck :)
*P/s: abang dah tak study czech atas sebab tertentu, akan sambung medic UIA insyaAllah
mana nak apply kolej mara banting?
ReplyDeletesekarang takde boleh buat application for both jpa and mara. only can choose one channel :(
ReplyDelete