Komrad

Mar 19, 2011

Untuk Para Lepasan SPM 2010 (Bahagian 1)

Assalamualaikum WBT

Salam 1 Dunia


Untuk entry kali ini, saya nak cerita pasal peluang bagi para lepasan SPM 2010 menyambung pelajaran atas permintaan beberapa pihak (ceh, padahal baru seorang yang minta tolong..hahaha) bersempena dengan keluarnya KEPUTUSAN SPM 2010 minggu depan (23/03 kalau tak silap).

Ada macam-macam peluang untuk melanjutkan pelajaran tahap ketiga (tertiary education bahasa kampungnya) tapi dalam bahagian 1 ini saya cuma nak cerita secara ringkas yang berkenaan dengan Matrikulasi Kementerian Pelajaran, Tingkatan 6, Program Asasi, Kursus Perguruan Lepasan SPM, Program Ijazah Luar Negara (PILN), Kursus Diploma Kejururawatan dan Sains Kesihatan dan Kursus Diploma dalam bidang berkaitan. Dan untuk bahagian 2 saya akan ceritakan dengan lebih lanjut pasal Program Ijazah Luar Negara (PILN) di bawah tajaan MARA memandangkan saya sendiri sedang mengikuti program ini.

  • MATRIKULASI KEMENTERIAN PELAJARAN
 Rasanya hampir semua pelajar SPM tahu program ni kan sebab dah isi borang online sebelum SPM lagi kan? Beli no.pin kat BSN lepas tu isi borang online dan rasanya keputusannya akan keluar awal April ni. Program ni merupakan satu program pra-universiti dan menawarkan Program 1 Tahun (PST) bagi calon Bumiputera dan bukan Bumiputera serta Program 2 Tahun (PDT) khas untuk calon Bumiputera sahaja. Program ini menggunakan sistem Purata Nilai Gred dan maksimum 4.0. Maklumat lanjut boleh klik di sini.

  • TINGKATAN 6
Program ini merupakan antara satu program pra-universiti yang popular dalam kalangan lepasan SPM. Merupakan satu program di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia juga cuma berbeza dengan Program Matrikulasi yang dijalankan di Kampus Kolej Matrikulasi, program ini dijalankan di sekolah-sekolah menengah Kementerian Pelajaran Malaysia selama lebih kurang 1 setengah tahun. Di akhir program, satu peperiksaan akan dijalankan iaitu Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM). Sistem STPM ni diakui merupakan antara sistem Peperiksaan Awam yang berkualiti serta mampu menjamin survival pelajar di IPTA/IPTS kerana pelajar perlu bukan sahaja bijak dalam pelajaran, tapi berkebolehan dari segi kepimpinan, aktiviti ko-kurikulum dan macam-macam lagi. Maklumat lanjut boleh klik di sini.

  • PROGRAM ASASI
Program ni lebih kurang macam Program Matrikulasi KPM tapi yang membezakannya ialah, ia dijalankan di kampus Universiti yang berkenaan (UM, UiTM, UIA, USIM etc etc). Untuk memohon, para pelajar bolehlah membuka link ini (buka lepas keluar result SPM la) dan pilihla nak ambil kursus asasi yang bersesuaian mengikut citarasa. Saya pernah masuk Pusat Asasi Sains UM (Sains Hayat) tapi keluar sebulan kemudian sebab dapat offer MARA untuk buat PILN. Untuk maklumat lanjut, boleh la lihat-lihat di laman web; PASUM, Asasi UiTM, Asasi UIA, Asasi USIM.

  • KURSUS PERGURUAN LEPASAN SPM
Ha, yang ni sesuai untuk sesiapa yang minat meminati bidang perguruan. Mulia kerja guru ni walaupun ramai orang yang kata itu ini pasal guru. Kalau tiada guru, siapalah kita kan? Adik saya sendiri masuk kursus ni. Tapi saya baru perasan, tarikh tutup permohonan ialah 21 Mac 2011. Maklumat lanjut klik di sini.

  • KURSUS DIPLOMA KEJURURAWATAN DAN SAINS KESIHATAN
Kursus ni pun sangat laku sekarang. Memang ramai juga kawan-kawan yang buat kursus ni. Untuk maklumat lanjut, boleh la klik di sini: Kementerian Kesihatan Malaysia, Kolej Masterskill, Kolej MAHSA, Kolej Islam Sains dan Teknologi dan banyak lagi kolej yang menawarkan Diploma Kejururawatan dan Sains Kesihatan. Tapi awas, pastikan ia diperakui oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, JPA dan MQA.

  • PROGRAM IJAZAH LUAR NEGARA (PILN)
Untuk program ni, dari nama dia pun dah tau program untuk belajar di luar negara dan ditaja untuk belajar. Ada beberapa pihak yang akan menawarkan tajaan seperti MARA, JPA, Khazanah Negara, Bank Negara, Shell dan beberapa lagi. Tapi kalau tak silap saya, JPA dah tidak menghantar pelajar keluar negara untuk program Ijazah Pertama atas sebab kewangan. Sebaliknya, JPA akan menaja pengajian dalam negara. Memandangkan saya tajaan MARA, saya akan cerita pasal itu dalam Bahagian 2 nanti. Kalau pasal tajaan lain tu saya tak berani nak cerita sangat sebab tak tahu sangat. Nanti akan keluar iklan pasal program ni kat suratkhabar, tv, radio. Antara program yang ditawarkan ialah Perubatan, Kejuruteraan, Pendidikan, Geologi, Pergigian, Sains Gunaan, Arkitek, TESL/TESOL dan banyak lagi.

  • KURSUS DIPLOMA DALAM BIDANG BERKAITAN
Program ni biasanya bersifat kursus bidang kemahiran. Lebih kurang macam kejuruteraan, pengimpalan, enjin, jahitan, fesyen, masakan dan banyak lagi. Seiring dengan saranan kerajaan (ceh, bahasa macam karangan BM SPM), memang bagusla untuk ikut kursus macam ni daripada buat benda tak tentu hala macam merempit, hisap dadah, merompak dan merogol. Terjamin sikit masa depan tu. Kalau berminat bolehla lihat-lihat di sini: Politeknik, Institut Kemahiran MARA, Pusat Giat MARA, Institut Kemahiran Belia Negara, Institut Latihan Perindustrian, Kolej PTPL, Cosmopoint.

Inilah antara jalan yang boleh dipilih untuk lepasan-lepasan SPM. Terpulanglah kepada anda untuk memilihnya. Ada banyak lagi sebenarnya...apa-apa pun, usaha tangga kejayaan. Tak kisahla macam mana pun keputusan SPM anda nanti, jadilah orang yang berguna.

*Sebenarnya ada lagi beberapa program macam Program Perubatan Timur Tengah, Indonesia dan Rusia tapi saya tak tahu sangat dan untuk mengelak kontroversi, silalah tanya kepada mereka yang mengetahui*.

Sori entry ni panjang. Harap maaf sekiranya berlaku kesilapan maklumat

Salam (akan disambung di bahagian kedua)

1 comment:

  1. Hi, thanks for posting this entry. very informative. boleh kah saya tanya lebih lanjut pasal program ijazah luar negara tu?

    ReplyDelete

Sebarang masalah?