Komrad

Mar 30, 2011

Wahai WANITA, jika anda prihatin hentikan "keganasan" ke atas LELAKI

Assalamualaikum WBT

Salam 1 Dunia

Dah 3 hari saya tak tulis blog. Dan dah 3 juga saya tak baca mana-mana blog. Alhamdulillah, lepas 3 hari yang memeritkan jiwa dan raga atas sebab-sebab jiwa dan perasaan, akhirnya saya ada semangat untuk kembali meneruskan kehidupan (cehh, ayat poyo) dan kembali aktif dalam blog.

Untuk entry kali ini, saya nak cerita pasal "keganasan" segolongan WANITA ke atas kebanyakan LELAKI. Ganas macam mana? Tu yang saya nak cerita ni. (Sila tekankan perkataan segolongan itu)

Pagi ini saya ada la ternampak 1 screenshot Kolum Harian Metro yang dirakam oleh satu page Facebook ni. Cerita pasal seorang chikaro (=awek) yang bernama XX (dirahsiakan). Pada saya, terutamanya bagi pembaca LELAKI, yang menarik perhatian bukanlah cerita dia nak jadi pramugari tapi gambar photoshoot dia yang memang boleh membuatkan hidung anda berdarah macam dalam cerita lawak Jepun.

Dengan paha yang gebu dan kain hanya seinci dua lagi nak sempat tutup bahagian yang tersembunyi tu, memang agak mencabar keimanan seorang LELAKI macam saya (saya LELAKI normal). Ish, dalam hati pikir, "tambah dosa aku ni tengok benda macam ni." Tapi Encik Nafsu dibantu oleh Pakcik Setan boleh pula kata, "alah, tengok je la...bukan selalu. Chikaro mantop weyh. Seksi seksa lagi tu. Nanti boleh taubat, jangan risau."

Cuba pikir, tu baru saya seorang. Belum lagi beribu LELAKI yang mungkin terbaca/ ternampak/ terselak kolum Metro ni. Berapa ramai lagi yang secara tak sedar tambah bintik hitam dalam hati dia.

Saya akui memang salah LELAKI juga sebab nak juga tengok walaupun salah. Memang fitrah LELAKI nak tengok ke-curve-an WANITA secara halal atau sebaliknya (awas LELAKI, jangan jadikan ini tiket untuk kita tengok lagi). Tapi kena pahamla, kalau orang tak tunjuk, kita tak tengok. Samala macam kes ini, kalau WANITA tak tunjuk lebih-lebih, LELAKI tak tengok.

Mungkin LELAKI tu sedar dan cuba untuk elak tapi macam mana kalau banyak sangat WANITA yang macam tu. Itu kalau yang nak elak, kalau taknak elak. Mungkin la waktu tu tahap testosteron dalam darah dia tinggi lepas tu nampak seorang Chikaro mantop pakai tube, skirt yang maha pendek....pakai high heels sambil jalan terkedek-kedek tengah jalan seorang diri kat satu lorong gelap, agak-agak apa LELAKI tu buat? Lu pikirla sendiri. Yang lagi teruk, kalau kanak-kanak pun dia tibai hanya kerana terangsang yang amat sangat lepas nampak segolongan WANITA yang suka melakukakan "keganasan" ini.

Tapi, bukanlah saya nak salahkan semua WANITA. Hanya segolongan. Saya ulang, hanya segolongan. Dan saya suka untuk mengambil cara lembut, bagi yang rasa-rasa dirinya termasuk dalam segolongan ini, tolonglah hentikan "keganasan" ke atas lelaki. Saya tau memang anda cantik dan memang fitrah WANITA suka kecantikan dan nak tunjuk kecantikan dan keindahan yang ada padanya. Tapi, simpanlah untuk tatapan yang layak menatapnya. Ada balasan kebaikan untuk itu, insyaAllah.

Kalau yang terasa nak berubah tapi tak tau nak mula kat mana. Apa kata berubah dengan perlahan-perlahan. Macam kereta (model Manual) bila nak jalan kena start dengan gear 1. Tak boleh terus naik gear 5 kan? Nanti rosak terus. Kalau hari ini pakai bikini lepak kat One Utama, esok cubala pakai baju kurung yang longgar sana sini. Kalau hari ni rambut warna hijau, esok cubala cari jalan macam mana nak buang dye tu. Lepas tu, kan baik kalau rambut tu simpan bawah tudung; manis dan sopan. (saya suka tengok WANITA yang pakai tudung bawal, nampak sangat tradisional di zaman ramai anak gadis nak pakai tudung macam Hana Tajima).

Lepas tu kan, bila dah berubah kan, kalau boleh jagalah tingkah laku. Bukan apa, nak elakkan fitnah. Nanti ada orang kata,
"Alah, pakai tudung tapi perangai macam setan"

Taknak la jadi macam tu kan...kan bagus dan sopan kalau pakaian dah lengkap lepas tu baik tingkah laku.

Rasanya tu je la yang saya nak bebelkan kali ini. Harap maaf kalau ada yang tersinggung dengan bahasa saya tapi orang selalu kata, "buang yang keruh, ambil yang jernih". Kalau ada yang terdorong untuk berubah, alhamdulillah. Memang susah tapi yakinlah ada kebaikan di sebaliknya.

*Kepada LELAKI, jangan hanya tau nak kata WANITA ni suka tayang body walhal diri sendiri pakai short je lepak kedai mamak. Kalau seluar panjang takde, pakaila apa pun asalkan tutup bahagian antara pusat dan lutut.*

Sekian.

4 comments:

  1. aku suka entry nie

    tapi bab tudung gaya "hana tajima"

    lol terasa aku.


    hahahah :P

    ReplyDelete
  2. @edoraemon
    Haha, ko terasa? ala, maksud aku sini ramai yg suka pakai tudung mcm Hana Tajima....tp kira okay la tu ada pakai tudung juga...
    tapi kadang2 aku kagum juga mcm mana orang macam Hana Tajima ni boleh tpikir cara fesyen tudung yg kontemporari

    ReplyDelete
  3. Like222..ada kebenaran ttg pmpuan tuh..
    Cuba pikir..nk slh sapa ek?? Knpe pmpuan suka pakai seksi??
    Sbb ada llaki akn suka tgk..klu llaki x tgk..pmpuan x pkai cam tuh yer..

    ReplyDelete
  4. @Love 4 ever
    Susah juga benda mcm ni, kdg2 nak salahkan perempuan 100% pun susah juga tp hakikatnya org hanya salahkan lelaki bila ada kes rogol dan cabul yg saya rasa sangat tidak adil meletakkan 100% kesalahan kepada kaum jantina saya sendiri.

    Jadi, lebih baik kita mencegah supaya benda mcm tak terjadi. Kita nasihatkan la kaum wanita supaya berpakaian sopan dan elok, bukan hanya utk dia saja, tp keseluruhan kaum wanita.

    ReplyDelete

Sebarang masalah?