Salam 1 Dunia
Entri kali ini ditulis dengan nada penuh kemarahan dan perasaan ingin memaki hamun beberapa pihak tapi terima kasih buat beberapa sahabat yang sudi menyabarkan saya.
"Ala, cikgu je?"
Hanya kerana perkataan di atas, memang saya rasa marah yang amat sangat kepada sang pengeluar kata-kata itu. Mungkin ada yang akan kata saya overreacted sebab saya bukan buat kursus perguruan pun tapi hakikatnya kerjaya guru memang rapat dengan diri saya.
Abah saya guru. Mama saya guru. Nenek lelaki dan arwah nenek perempuan saya guru (Di Sabah, banyak digunakan istilah Nenek Lelaki untuk Atok). Dan ahli keluarga saya tak kira la belah Abah atau Mama pun ramai yang jadi guru. Adik saya sendiri pun tengah buat kursus perguruan.
Dan saya memang pantang sekali kalau dengar orang hina kerjaya guru. Dan saya dengan adik-adik sendiri membesar dengan gaji dua orang guru. Dan setakat ni, belum pernah lagi kami adik-beradik pergi mengemis pasal tak cukup makan. Belum pernah lagi kami mencuri dan paling penting saya bangga adik-adik saya ada semangat untuk belajar sebab dapat hidup senang tak susahkan orang lain.
Saya tau jadi guru ni bukan senang dan bukan dapat jadi kaya pun....pergi aktiviti ko-kurikulum bukan ada elaun pun, semak kerja sekolah pelajar yang kadang-kadang memeningkan kepala, siapkan alat mengajar. Memang susah. Tapi saya bangga dengan Abah dan Mama yang walaupun tau kerja jadi guru ni bukan senang, tetap juga bagi komitmen dengan kami adik-beradik.
Memang ada juga guru yang perangai teruk tapi bukan semua okay! hanya segelintir tapi puak-puak ni la yang menjahanamkan nama guru. Banyak lagi guru yang baik dan berdisiplin.
Itu saja la bebelan saya kali ini. Maaf sekiranya ada pihak yang tersinggung hati tapi saya memang agak sensitif dengan orang yang menghina pekerjaan guru seolah-olah mereka menghina ibu bapa saya sendiri. Dan penghinaan terhadap ibu bapa saya merupakan penghinaan terhadap diri saya sendiri yang tak dapat bertolak ansur.
Ingatlah, macam mana pandai sekali pun kita mesti ada guru kan? Dan kita beroleh ilmu Allah yang maha luas melalui guru-guru kita yang mulia. Jangan sesekali berlaku biadap terhadap mereka.
Sekian
guru..pelita hidup. guru membentuk,membina generasi bangsa..pengaliran zaman yang semakin memihak kepada pemodenan sangat memerlukan peranan guru sebagai pendokong wawasan negara kearah berpendapatan tinggi seterusnya menjadi negara yang disegani..
ReplyDeletesiapa???siapa yg plekehkan kerja jd guru ni???!!
ReplyDeleteaishhh...mmbara api d dada ni tau.
tp xpa, biar la org yg ckp 2 trus brckp.
dia xtau, kerja guru ialah krja paling mulia. Tanpa cikgu, tidak wujud jurutera, doktor, peguam dan PERDANA MENTERI skalipun. Tanpa guru, org yg mmperlekehkan kerja guru itu sndiri tidak tau mnyusun idea mnghina krja guru..kasihan dia, betapa dia perlukan seorang guru sivik utk mndidik. hmm~
Jangan stress²...
ReplyDeleteorg yg mhina tu nda sedar diri kali..ka dia nda pi sekolah? hmmmps. semoga dia sempat sedar & insaf...
kemsalam mama & abahmu ya...si didie bilang..ahah.
sapa bilang gtu tu?
ReplyDeletemo d tonyoh2 muka ny tu..
aku bkn cikgu tp aku paham betapa susah & mencabarnya jd cikgu coz bapa aku cikgu n fmily sblah bapa aku rmai yg jadi cikgu..
@Saveq Volcom: betul tu. sokong 100%
ReplyDelete@Nieza: adala beberapa orang tu...memang panas dengar (padahal dalam facebook)...macam mau makan maggi trus. huh! ko ajar la dia pendidikan sivik.
@Zurina: ya, nda suda aku stress ni...bah, insyaAllah aku sampaikan nanti.
@Anne Nurain: tu la pasal...memang memanas aku time tu...keluarga aku ramai jd guru ni.
Guru,,inovatif dan kreatif,,dinmik dan progresif..guru tugas murni,,bakti suci,,penuh erti..guru bimbingilh,,didikilh anak nusa bngsa..TERIMA KASIH GURU :)
ReplyDelete