Komrad

Apr 11, 2011

Saya Pelat

Assalamualaikum WBT

Salam 1 Dunia

Lama juga saya tak update blog ni, adala dalam lebih kurang seminggu....biasala banyak benda nak study (padahal asyik tidur memanjang depan kitab-kitab berunsur medikal). Nak blogwalking pun tak dapat sebab asyik bercita-cita nak jadi nerd walaupun selalunya gagal di tengah jalan sebab hati gatal sangat nak tengok movie kat laptop.

So, kali ini saya nak cerita pasal pelat. Kenapa saya nak cerita pasal pelat? Sebab haritu Lisa Surihani menang award Pelakon Filem Wanita Popular dan dia seorang yang pelat.

Kejap. Apa itu pelat? Pelat ni kalau bahasa mudahnya seseorang yang tak dapat nak sebut sesuatu huruf konsonan dengan betul. Mama saya cakap pelat ni kecacatan artikulasi yang saya pun tak paham sangat. Dan dalam kes Lisa Surihani ni, dia pelat R. Dan saya sendiri pun pelat R. Cuma tahap kepelatan saya ni tak sama la macam Lisa tu sebab dia dapat "vibrate"kan lidah nak sebut R, sedangkan saya tak dapat (ataupun dapat tapi sangat minimal) dan bunyinya lebih kurang macam orang putih sebut R.

Lupakan Lisa Surihani. Saya nak sambung cerita pasal pelat. Dulu ada group kat Facebook yang lebih kurang macam ni la nama dia, "Kami Anti Orang Pelat". Saya pun hairan jugala kenapala ada orang macam ni yang nak anti orang-orang pelat. Bukannya menyusahkan orang lain pun ataupun sakit telinga bila dengar orang pelat bercakap.

Saya ingat lagi dulu waktu kecil, membesar dalam komuniti yang mementingkan huruf R sangat menyeksakan jiwa. Saya selalu kena ejek hanya kerana tak dapat sebut R dengan betul. Sampai satu tahap saya lebih banyak diam berbanding bercakap. Bila di sekolah, kadang-kadang ada yang sengaja cakap "ular lari lurus" depan saya dan saya cuma dapat diam je la sebab konfem kalau saya sebut memang bunyi pelik, "ulagh laghi lughus".

Adik-beradik saya yang lain pun dulu pelat juga tapi sekarang dah dapat sebut R dengan betul. Tinggal saya sorang je la yang pelat hardcore. Nak buat macam mana, macam-macam cara saya dah cuba tapi mungkin dah takdir Allah saya jadi pelat kan? At least, saya masih dapat bercakap dengan normal. Syukur Alhamdulillah. Dan saya bersyukur juga sebab ada keluarga yang sangat supportive sebab yela orang macam saya ni selalu kena kutuk, ejek orang lain tapi keluarga saya la yang selalu bagi semangat untuk saya.

Lastly (macam karangan Bahasa Inggeris SPM la pulak), saya nak minta la kepada sesiapa pun yang membaca atau terbaca blog ni supaya tak terlalu "bermurah hati" mengejek atau pun memandang sinis golongan pelat macam saya khasnya dan mana-mana golongan cacat artikulasi, mental dan fizikal umumnya. Kami pun manusia juga, ada perasaan. Kami pun bukan nak jadi macam ni tapi memang Allah dah bagi macam ni dan saya yakin setiap yang jadi tu ada hikmahnya.

Sekian.

8 comments:

  1. adik aku pon ndak bleh sebut r.
    selalu nie aku marah dia.
    tapi dia sebab skolah cina.
    bila d paksa paksa cakap, bleh jgak dia tersebut r.

    kira kalau pelat nie memang langsung ndak bleh sebut r ka?
    ka bleh jgak?

    *tetiba rasa bersalah sama adik sendiri*

    -__-"

    ReplyDelete
  2. Haha, ada yg boleh ada yg ndak...macam adik2 aku dorang dapat sudah ckp r.
    aku ja yang masih nda dpt tp lagi baik drpd dulu la...dulu langsung nda bunyi r.

    :)
    :)

    ReplyDelete
  3. COmel ah pelat R, my ex boyfie pelat R. Lisa Surihani mmg pelat R and its cute. jgn ajdikan sebagai kekurangan, tp kelebihan

    ReplyDelete
  4. ada entry khas untk anda.jemput datang.huuuu~~~ lik waa.. slg kitorg paham..nada hal bah itu..huuu~~~

    ReplyDelete
  5. Seorang murid saya berumur 18tahun mempunyai susunan gigi yg tak rata, dari situ tidak dapat sebut /r/ dengan betul. Seorang, lagi 32 tahun, tiada masaalah gigi tetapi semula jadi, hanya /r/ tidak dapat di atasi..

    Kami cuba dan Alhamdulillah, dalam masa 4hari, mereka berjaya mengatasi bunyi huruf /r/.. kena exercise depan cermin sikit dan sambil berjalan, latih dan latih..

    Perkataan bahasa Malaysia... ER TI, ER TI, ER TI.... berulang kali.. Cuba tip ini dulu, sekiranya tidak berjaya, tips lain, coming soooon.. GoodLuck.
    ...
    Saya akan blog mengenai /r/ dalam tempuh masa 4hari lagi.. menerusi blog

    http://where2-where2.blogspot.com/

    ReplyDelete
  6. Saya pun pelat jgk, tapi pelat s lah. Mmg Agak malu gak lah tapi lama2 dh jadi kebiasaan. Kadang2 kwn ajuk ckp sy blik pun, sy redha jelahh

    ReplyDelete

Sebarang masalah?