Komrad

Apr 16, 2011

Indahnya Ciptaan Yang Maha Kuasa

Assalamualaikum WBT

Salam 1 Dunia

Akhirnya, saya dapat juga curi masa nak update blog ni....kehidupan sebagai pelajar Medic lagi-lagi di Universiti yang guna sistem tradisional ni memang mencabar jasmani dan rohani. Kalau kira boleh ja saya update blog sebab rasanya hampir 24 jam laptop saya ter-online tapi entahla dah memang saya ni pemalas.

Semalam (Jumaat 15 April), saya baru saja failed Test Peripheral Nervous System dalam Human Nervous System (Anatomy).

Rasa sangat down sebab bukan saya tak tau, tapi mungkin sebab beberapa perkara Allah hijabkan dari pemikiran saya untuk jawab test tu dengan baik. Soalan bukan susah sangat pun, cuma label beberapa cranial nerves, brachial plexus, cervical plexus, sacrolumbar plexus, ganglia, parasympathetic dengan sympathetic fibers lepas tu adala sikit abnormalities macam Horner's Syndrome dengan Hemiplegia Alternans.

Lagi tambah down, bila saya tak dapat present Seminar pasal Sensory and Motor Disturbances Following Spinal Cord Lesion dengan baik. Memang sangat down sebab dah prepare siap-siap tapi saya tak ingat pula nak explain pula benda simple macam Posterior Funiculi (Gracilis/ Cuneatus), lepas tu siap tersilap pasal Corticospinal tract.

Cukup sampai di situ, maka dengan hati yang kurang semangat saya pun pergi la keluar jalan-jalan waktu petang. Saja ambil angin petang sambil bawa kamera yang bermasalah lepas jatuh dalam salji waktu main kat Petrin Hill dulu. Mana tau dapat tenangkan jiwa yang kacau.

Wah, sangat kagum tengok ciptaan-Nya, Subhanallah! Musim bunga ni orang kata cantik sebab banyak bunga yang kita boleh nampak. Tapi sekarang ni belum lagi keluar sangat la, mungkin dalam seminggu dua lagi la kot...memang rasa aman damai tengok.

Ni la antara beberapa gambar yang saya sempat ambil. Untuk lebih lanjut bolehla klik kat sini.

Bunga-bunga


Bunga lagi  

St. Ludmilla Church
Trh (Market) tapi tak banyak tak buka lagi sebab awal sangat
St.Ludmilla Church (dari depan)
Bunga 
Close-up bunga
Bunga di depan St. Ludmilla Church
  
saya sangat suka dengan family ini, mereka sangat cool
Ini la antara kegiatan saya dalam usaha untuk memujuk hati yang down. Dan seperti yang tertulis kat caption gambar yang paling last tu, saya memang suka tengok family ni. Sangat sporting dan budak kecik tu pandai pula bergaya. Credit untuk mereka.

Sekian.

2 comments:

Sebarang masalah?