Komrad

Apr 25, 2011

Abah : My Boss, My Hero (Edisi Khas Episod 2)

Assalamualaikum WBT

Salam 1 Dunia.

Seperti yang dijanjikan, saya meneruskan lagi entry Edisi Khas untuk keluarga tercinta dan kali ini, saya nak tulis pasal Abah saya, En. Idrus Hj. Junsin

Saya sangat kagum dengan Abah saya. Bagi saya, beliaulah Abah saya, Guru saya dan teman saya tengok bola, main badminton, cerita pasal politik dan banyak lagi...pendek kata, Abah saya ni sangat versatil dan terbuka. Prinsipnya senang, kalau saya hormat beliau yang mana memangla wajib sebab beliau Abah saya, beliau akan jadi bapa terbaik di seluruh dunia (sekurang-kurangnya untuk saya dan adik-adik)

Satu benda yang saya paling rindu untuk buat bersama dengan Abah saya bila duduk teramat jauh dari keluarga ni ialah tengok dan cerita pasal bola. Abah saya merupakan peminat setia Liverpool FC (yang lambang ayam tu, hehe) dan saya pula penyokong Manchester United. Ini sangat kontradik. Dan setiap kali Liverpool lawan Man Utd, memang suasana "bahan-membahan" tu akan muncul.

Waktu saya kecik-kecik dulu, Abah selalu marah saya. Setakat kena cubit dan rotan tu perkara biasala. Lepas tu kena duduk luar pintu rumah malam-malam pasal nakal sangat. Petang-petang main bola sampai tak ingat hari dah gelap lepas tu Abah datang bawa rotan. Memang saya selalu menjadi pemberontak dalam keluarga dulu dan selalunya dapatla habuan paling kurang pun cubitan berbisa. Ya, memang sakit tapi bila pikir-pikir balik, semua itulah yang menjadikan saya "manusia" bukannya hanya orang yang entah apa kejadiannya.

Banyak benda lagi yang saya suka buat dengan Abah saya. Mungkin persamaan kami sebagai anak pertama dalam keluarga sedikit sebanyak mempengaruhi cara pemikiran kami. Dan jujurnya, saya memang sangat mengagumi Abah saya. Beliaulah Abah saya: My Boss, My Hero.

Sekian.

*Akan bersambung di Edisi Khas Episod 3
** Harap maaf sekiranya penggunaan ayat yang terlalu skema.

1 comment:

  1. so sweet..
    dlm fmly ku, aku yg byk persamaan dgn bapa ku..
    aku slalu berebut remote tv ngan dia..
    sama2 suka membebel n cpat marah..
    slalu ikut p memukat..
    mcm anak lelaki suda aku rsa... hehehe..

    ReplyDelete

Sebarang masalah?