Komrad

May 2, 2011

Melihat Kebesaran Allah dari Anatomi Leher Manusia

Assalamualaikum WBT

Salam 1 Dunia

AMARAN: ENTRI INI MENGANDUNGI PAPARAN VIDEO YOUTUBE YANG MUNGKIN MENIMBULKAN KETIDAK-SELESAAN BUAT SESETENGAH PEMBACA. HARAP MAKLUM.

Masa tengah usha-usha (orang Semenanjung selalu guna, maksudnya tengok-tengok) video dalam Youtube, ana ada jumpa video pasal dissection of human body. Ni la video nya, kredit kepada uploader jono03.


Ini merupakan bahagian leher manusia atau lebih anatominya ialah cervical region. Kawasan ni memang ana rasa antara tempat yang sangat complicated selain pelvic region sebab ada banyak arteries, veins dan nerves yang pelbagai. Ditambah lagi dengan kehadiran muscles, cartilages of pharynx, esophagus serta vocal cord serta kewujudan thyroid glands sememangnya menjadikan kawasan ini sangat istimewa. Dan di sinilah juga bermulanya brachial plexus yang melalui scalenic fissure yang terus membuatkan ana rasa terpana dengan tahap kompleksiti kawasan ini.

Subhanallah!

Hanya itu yang ana mampu ungkapkan melihat kebesaran Allah SWT yang mampu menjadikan semua ini. Ini hanyalah dari segi aspek anatomi. Belum lagi aspek Histologinya (bahagian sel dan mikroanatomi) yang pastinya akan membuatkan seseorang yang terikat hatinya dengan kebesaran Allah tambah takjub dan insaf akan kekerdilan diri jika dibandingkan dengan kebesaran-Nya.

Tapi ramai lagi orang dalam bidang Sains hari ini yang lupa (atau buat-buat tak tahu) dengan kebesaran Allah SWT. Bukan mereka tidak berilmu malah merekalah penerima pelbagai Anugerah seperti Nobel Prize dan macam-macam lagi. Mungkin ada yang pernah terjentik di hatinya akan kebesaran Allah tapi dek kerana tiadanya Hidayah malah ada yang sombong, langsung menolak kebenaran akan kebesaran Allah SWT. Seperti firman Allah SWT dalam Surah Al-A'araf Ayat 179 yang maksudnya

"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahannam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakan untuk memahami [ayat-ayat Allah] dan mereka mempunyai mata [tetapi] tidak dipergunakan untuk melihat [tanda-tanda kekuasaan Allah] dan mereka mempunyai telinga [tetapi] tidak dipergunakan untuk mendengar [ayat-ayat Allah]. Mereka itu seperti binatang ternakan, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai."
Apa bezanya kita dengan mereka ini? (Sumber: Harian Metro)

Ini sememangnya membuatkan ana insaf akan kekurangan diri. Ya, kadang-kadang ana lupa akan kebesaran dan nikmat yang Allah kurniakan lagi-lagi bila rasa selesa sangat. Cuma bila datang kesusahan barulah terkial-kial nak berdoa kepada Allah, mohon ampun itu dan ini. Inilah normaliti seorang manusia. Imannya ada pasang dan surut.

Oleh itu, marilah ana nak mengajaklah kepada semua pembaca khususnya yang Islam untuk sama-sama refleksi diri. Tengok, adakah kita ni sombong kepada Allah? Sejauh manakah kita melihat kebesaran Allah dari pelbagai segi dan mengambil iktibar dan pengajaran daripadanya? Tepuk dada tanyalah hati (hati ni belah kanan abdomen). Bukannya tangan ke dada mata ke atas macam dalam Oh Yeah tu. InsyaAllah semoga Allah akan memberikan petunjuk kepada kita semua, Amiiin.

Akhir kata, mari kita dengar lagu Irsyadee dengan Hafiz Hamidun ni. Hayati lirik-liriknya, memang menimbulkan keinsafan, enjoice!


Salam.
Al-Faqir Ilallah Ahmad Safwan As-Sabahi
Prague, Czech Republic

2 comments:

Sebarang masalah?