Komrad

Apr 30, 2011

Rintihan (Edited)

Assalamualaikum WBT

Salam 1 Dunia

Lewat malam itu aku terjaga,
Tiba-tiba dadaku terasa sesak,
Umpama batu maha berat menghimpitku.

Kucuba untuk bangun,
Namun hanya bisa menggerakkan jari-jemari tanganku,
Kucuba bersuara,
Namun tak kudengari di cuping telingaku.

Ya Allah,
Hatiku menjerit inginkan bantuan-Mu,
Tika tiada siapa mampu menolongku,
Kaku seorang diri di atas perbaringanku.

Ya Allah,
Kiranya ini pengakhiran hayatku,
Ampunilah dosa-dosaku,
Janganlah Engkau biarkan Iblis Laknatullah menemaniku,
Berikanlah aku bimbingan-Mu,
Dalam detik terakhirku di dunia-Mu.
Mudahkanlah saat ketika roh berpisah dari jasadku.

Ya Allah,
Andai ini ujian kepadaku,
Berikanlah aku peluang kedua,
Dengan sifat Maha Pengasih-Mu itu,
Tunjukkanlah aku sinar pembersih jiwa,
Buat hatiku yang kotor,
Dengan janji palsu dunia.

Dengarlah rintihanku Ya Allah!

Ahmad Safwan bin Idrus
Prague, Czech Republic.
30.04.2011
27 Jamadil Awal 1432

*Diubahsuai sedikit, harap maaf sekiranya kurang berbunga-bunga pasal saya tak reti sangat buat sajak

3 comments:

Sebarang masalah?