Komrad

Apr 30, 2011

...of Forceps, Scalpels and Cadavers (Day 2,3 and 4)

Assalamualaikum WBT

Salam 1 Dunia

*Due to some requests from some readers, I would like to write my post in Malay."

Alhamdulillah, satu lagi minggu yang memenatkan berakhir. Ya, kalau anda perasan saya menggabungkan 3 hari sekali dalam Siri "...of Forceps, Scalpels and Cadavers" ni. Bukan apa, saya kurang berkesempatan nak update setiap hari, so ini sajala cara untuk saya cerita suka duka Summer Dissection Week.

Ada beberapa readers yang tanya saya samada terutamanya dalam Facebook (mungkin sebab lebih senang berbanding guna Blogger Comments), tak takut ke tengok mayat? Tak geli ke potong-potong orang mati ni? Tak busuk ke?

Takut? Secara jujur, saya memang tak takut tengok orang yang dah mati sebab dia memang dah mati. Simple but logical; orang mati tak boleh buat apa-apa. Yang kita selalu dengar orang mati tiba-tiba bergerak tu mungkin mainan Syaitan la tu. So, beranikanla diri anda untuk tengok orang mati tapi in case kalau-kalau dia hidup balik cepat-cepat call ambulance ataupun paramedic team.

Geli tu mula-mula dulu waktu Winter Dissection je la kot sebab first time dapat mayat kan. Pegang scalpel pun terketar-ketar. Lagi-lagi kat part yang banyak lendir/ cecair tu. Haha, lepas tu kena kat white coat memang minggu tu rasa macam asyik bau Formalin je (atau Formaldehyde untuk awet mayat). Bau dia bukan busuk macam bau bangkai tu, tapi tengik sikit.

So far, untuk group saya; kitorang dah buka thoracic cavity, abdominal cavity dan expose parts of face. Buka thoracic cavity sangat seronok sebab dapat belajar macam mana nak guna entah apa nama benda tu yang guna untuk potong tulang rusuk. Memang sangat cool. Lepas tu, bolehla tengok jantung dengan paru-paru yang kemudiannya dipotong dan dikeluarkan dari thoracic cavity. Sangat best walaupun berlendir, yummy!

Part yang paling tak best ialah kepala, muka dan leher. Sebab kat sini banyak sangat nerves, artery dan vein. Ditambah lagi dengan topographical anatomy macam submandibular triangle, carotid triangle dan infratemporal fossa. Rasa macam nak makan je pakcik yang kitorang potong tu.

Dan part paling best ialah area abdominal cavity sebab ada perut, small intestine,colon dan macam-macam lagi. Siap boleh main tarik-tarik lagi usus tu. Seluk sana seluk sini sebab nak cari spleen (saya tak tau apa spleen dalam BM), appendix dan pancreas. Tapi pening juga sebab kena tau branches of arteries and veins.

macam tukang masak pun ada. (Sumber: NJ)
Heart (Jantung) - Sumber: Human anatomy website
Abdominal cavity contents, cool huh! (Sumber: Nil Per Os)
Brachial plexus (Sumber: Internet Scientific Publications)
Ni antara beberapa benda yang saya jumpa sepanjang beberapa hari Dissection Course. InsyaAllah minggu depan sambung dissect dan Khamis nanti credit exam untuk course ni.

*Nota kaki: Gambar-gambar yang disertakan di atas boleh di-google. Ada readers yang tanya boleh tak saya ambil gambar dengan mayat pakcik/makcik tu. Harap maaf, sini tak dapatla. European countries ni orang dia memang pandang tinggi ethical value termasukla menghormati mayat/cadaver yang digunakan untuk tujuan pembelajaran.

Sekian, enjoice !

2 comments:

Sebarang masalah?