Salam 1 Dunia
Hari ni gua nak cerita dua benda; exam dan botak. Tapi apa kaitan antara 2 benda ni? Tu la yang gua nak cerita.
Esok (13.06) Hari Isnin dan gua akan ada exam Anatomy. Memang gua sangat cuak pasal gua memang sampah pasal Anatomy ni. Dengan soalan yang beratus itu (150++), gua hanya perlu menjawab 3 soalan yang akan ditanya secara langsung oleh profesor yang berkenaan. Tu tak masuk lagi exam slide yang perlu gua layan sebelum kena oral exam.
Zombie zomba (Credit to Mail Online) |
Time macam ni jugala gua tetiba terasa macam nak nangis. Lu nak kata gua cengeng (kuat nangis) tu lu punya hal. Tapi lu rasa la dulu apa gua rasa tengok macho tak macho lu lepas tu.
Dan lagi stress kalau tiba-tiba ada pula lagu raya terkeluar dari iPod lu time lu tengah study. Perghhh, gua pun tak perasan bila masa gua ada letak lagu raya kat dalam iPod gua. Memang sangat syahdu bila memikir entah dapat ke tak nak balik beraya di Malaysia tahun ni.
Close-up view meja gua |
Ni la keadaan meja gua. Sebenarnya takla seteruk mana pun, cuma exaggerate je lebih. Stended la orang Malaysia kan, suka benda-benda propa macam ni kan.
2 buku tebal tu pula hanyalah sebagai hiasan meja gua. Tak baca sangat pun sebab tu gua letak macam tu je. Lagi sedap kalau dibuat bantal.
_________________________________________________________________________________
Botak???
Untuk pengetahuan semua readers juga, akhirnya gua dah membotakkan kepala gua. Last gua botak waktu kat KMS dulu, awal Sem 3. Waktu gua botak tu, adala member-member yang bahan gua kata gua macam bulan la, macam doraemon la...ah, biaq pi la!!!!!! Kepala gua suka hati gua la. Bukan gua kasi kaler hijau biru merah pun lu nak kata macam-macam.
Bila dah botak, rasa ringan dan sejuk je kepala lagi-lagi summer yang panas dan kering ni. Lagi satu, gua tak perlu la risau rambut gua makin banyak gugur pasal gua suka tarik rambut bila stress study. Tu pun satu advantage juga ada rambut pendek macam gua ni. Dan budak rumah gua pun botak juga (sebenarnya dorang terlebih dulu botak last sekali baru gua tergerak hati nak botak). Dah macam rumah gangster dah rumah gua ni bila 3 botak duduk semeja untuk makan.
Transformasi botak gua
2008 (PLKN Kem Wawasan) |
2009 (Kolej MARA Seremban) |
2011 (Prague) |
Orait, sehingga bertemu kembali. Doakan gua dan member-member gua dapat jawab exam dan pass dengan jayanya. Jasa lu orang amat gua hargai. Semoga Allah akan membalasnya dengan kebaikan juga, Amiiin!
Satu!!!!!
Dunia!!!!! (Ramai-ramai)
Satu!!!!!
Dunia!!!!! (Ramai-ramai)
Satu!!!!!
Dunia!!!!! (Ramai-ramai)
Good luck la bro. Ko antara harapan warga Sabah menjadi pelapis doktor satu hari nanti. Fuuh, ayat aku macam ayat YB pula.
ReplyDeleteEntri terbaru: tragis
kenapa semua orang botak sejak2 syazwan beli machine tu?
ReplyDeleteall the best botak!! pasti boleh insyaAllah.
ReplyDelete@Fadzmie Mohamad
ReplyDeleteThanks bro, haha..mana tau nanti jadi YB betul2
@dJ
ReplyDeletekitorang nak hensem macam syazwan juga :)
@Arif
ReplyDeleteThanks abang long botak!
Great post thaanks
ReplyDeleteVery nice blog youu have here
ReplyDelete