Salam 1 Dunia
Malaysia ku hari ini,
Sana-sini suara mendabik dada,
Puak Dacing, Bulan, Roket dan Mata,
Bermadah itu dan ini,
Seumpama batu bisa ditukar emas
Akhirnya marhaen menjadi mangsa.
Malaysia ku hari ini,
Emas hitam umpama nyawa,
Jadi mainan puak berbalah,
Mereka kata ini, yang lain kata itu,
Sekali lagi marhaen menjadi mangsa.
Malaysia ku hari ini,
Apabila salah belajar,
Lupa adab dalam berkata,
Alim ulama dibuat gurauan,
Jangan lupa marhaen lah jadi mangsanya.
Malaysia ku hari ini,
Yang muda sibuk bergembira,
Yang tua lupa rumahnya,
Sama sahaja menjunjung serakah,
Kali ini salah siapa?
Al-Faqir Ilallah Ahmad Safwan bin Idrus As-Sabahi
Legerova, Prague 2.
Czech Republic
aku like ni!! hehehe..
ReplyDeletex brapa ambil tau hal politik tp tau la ckit2.. :)
@Anne Nurain
ReplyDeleteHehe, ni bukan pasal politik ja...sinikal kepada semua ni...kan bagus kalau orang2 politik dapat baca apa yg aku tulis ni (walaupun nampak mustahil)
bole tu tp kena tau la cmana cara ny..
ReplyDeleteahli2 politik skrg pun ramai yg ada blog, ada fb..
ko post ja p sna..
nothing is impossible bha bilang nenek ku..
hehehe...
tp dorang mau ka jgk baca?
susah mo cari pemimpin yg betul2 ikhlas bt keja skrg ni..
kejar kepentingan sendiri jak..
(aku merepek lagi.. huhuhu..)
Nang Nur Ain -mls sign in-