Salam 1 Dunia.
Perasan tak sekarang ni sikit-sikit orang akan kata,
"Jangan mudah menghukum orang"
"Siapa kita nak menghukum"
Ya, ini lah realiti sekarang apabila kita selalu dengar dan tengok orang kata macam ni tak kirala di kedai mamak, Facebook, twitter dan pelbagai macam tempat.
Tapi saya tertarik dengan satu entry yang ditulis oleh sahabat saya di KMS dulu iaitu Hosni Salleh aka LordHosni. Sememangnya beliau memanglah seorang yang selalu berfikiran yang kadangkala kita tak terfikir pun.
Dengan menggunakan ceritera Samad, Pak Abu dan kambing-kambingnya, beliau berjaya mengetengahkan satu kritikan sinis yang sangat halus untuk difikirkan para pembaca siber sekelian. Memetik beberapa perenggan dalam entry beliau,
"Sejak kebelakang ni dan 2-3 belakang la jugak, newsfeed gua agak banyak mempamirkan status2 yang berbunyi seperti “kita tak layak nak judge sesiapa”, atau “jangan judge org laen, sila cermin diri dulu” atau “stop judging others!” atau “Jesus will save u in the judgement day” dan seumpamanya.
(ok, yang last tu mengarut)
Judging is to form an opinion after a consideration. Menghakimi atau menilai ini dengan ertikata laennya ialah mengeluarkan pendapat setelah membuat pertimbangan. Sebagai seorang manusia, kita melakukan judgement 24jam sehari sepanjang masa.
Daripada berbunyinya alarm Subuh kita membuat judgement sama ada mahu tutup atau snooze alarm tersebut. Mandi pagi kita berbelang dengan judgement. Berak dulu ke, gosok gigi dulu ke dsb.
Inilah yang menjadi persoalannya sekarang. Masyarakat kita hari ini seolah-olah dibuai dengan ideologi "kamu tak layak membuat judgement" walhal kita tau apa yang kita nampak itu salah dan sememangnya perlu dibanteras. Contoh paling mudah ialah apabila saya pernah menimbulkan isu perempuan tidak menutup aurat dulu di sebuah laman sosial dan saya menyatakan dari segi hukum syaraknya itu merupakan kesalahan dan setiap yang salah pasti berdosa. Namun, ada beberapa pihak yang seakan-akan terasa dan melenting apabila saya menyatakan sedemikian lantas menyatakan, "dosa pahala tu Allah yang tentukan. Kita tak layak nak menghukum."Jadi semua orang melakukan judgement sepanjang masa maka kenapakah perkataan ini olah-olah menjadi konotasi negative??"
Ya, saya faham dosa pahala itu Allah yang tentukan dan dosa pahala saya sendiri pun saya tak tau banyak mana kan? Tapi saya menyatakan sedemikian berdasarkan apa yang telah Allah garispandukan sebagai pedoman untuk kita. Adakah perbuatan saya mengatakan sesuatu yang sememangnya sudah salah itu adalah salah?
Di sini, sekali lagi saya ingin memetik contoh yang digunakan oleh Saudara Hosni selain daripada ceriteranya iaitu langgar lampu merah. Kita semua tahu kan bila lampu merah kita kena berhenti. Dan kalau tak berhenti kemungkinan untuk kita melanggar ataupun dilanggar adalah sangat tinggi. Dan katakanlah kita bawa moto lepas tu tak berenti waktu lampu merah, kita dilanggar sebuah lori kontena tapi bernasib baik kerana masih hidup; adakah kita akan menyalahkan lori kontena itu kerana melanggar kita?
Sudah pasti kalau kita ni belum bengap pasti akan menggunakan daya penilai dan penghukum kita untuk menyalahkan diri sendiri kerana melanggar peraturan. Adalah sangat menjengkelkan jika kita dengan tanpa segan silu turun naik mahkamah hendak menyaman pemandu lori itu sedangkan semuanya salah kita.
Namun begitu, saya tidak menolak akan kenyataan bahawa kita tidaklah membuat kata putus yang seseorang yang jahat dan ganas itu akan mati dalam keadaan hina dan masuk neraka. Inilah yang dikatakan kerja Allah. Hanya Allah yang mengetahui apakah nasib si polan tersebut. Tapi itu bukan bermakna kita boleh suka hati melanggar apa yang disuruh Allah dengan alasan, Allah saja yang tau apa nasib kita nanti. Memetik lagi kata-kata Saudara Hosni,
"...namun saya percaya, kita semua berupaya menghakimi PERBUATAN yang dilakukan diri kita atau manusia lain.
Kerana kita telah pun diberi PANDUAN untuk berbuat demikian.
Hidup kan bersendi hukum."
Sekadar renungan. (Sumber: Blog BOM321) |
Sekian
Al-Faqir Ilallah Ahmad Safwan As-Sabahi
No comments:
Post a Comment
Sebarang masalah?