Komrad

May 29, 2011

Babi babi babi (sila nyanyi macam lagu Baby nyanyian Jastin Bibir)

Assalamualaikum WBT

Salam 1 Dunia

Ini merupakan entry kedua saya untuk hari ini. Maklumla dah beberapa lama tak menulis (padahal baru 3 hari lepas), dan entah bila lagi baru saya akan dapat tulis entry baru sebab exam dah dekat kan.

Mesti ramai yang tau kan isu babi membabi kat Malaysia sekarang ni. Bukan saya nak cerita pasal orang dok membabikan orang tu, tapi saya nak cerita pasal isu babi dan makanan dengan isu sentuh babi.

Pasal isu babi dan makanan tu memang panas lagi-lagi kalau orang Islam sebab dalam Islam memang haram kalau makan babi ni kecuali terpaksa (darurat). Keadaan tambah hangat apabila muncul macam-macam khabar angin ditiup di dalam blog-blog yang kata itu ada babi, ini ada DNA babi dan macam-macam lagi. Yang lagi membingungkan masyarakat, kebanyakan produk tu ada logo halal JAKIM. Memang pening jugala kan macam tu.

Tak dinafikan memang ada syarikat yang palsukan logo halal JAKIM tu tapi bukan semua kan? Lagipun JAKIM sendiri ada sediakan khidmat untuk check samada barang tu dapat kelulusan JAKIM atau tidak. So, gunakanla khidmat JAKIM tu. Saya rasa tak kan la orang dalam JAKIM tu hebat sangat nak tanggung dosa semua umat Islam sampai nak main-main pasal isu BABI MEMBABI ni.

Jadi, saya menganjurkanla supaya masyarakat rujuk JAKIM dulu sebab dorang ada kuasa dan bertanggungjawab dalam hal ni. Dan satu lagi, buat bloggers sekelian, janganlah suka-suka hati nak sebarkan perkara-perkara yang belum tentu lagi kesahihannya, kesian kat masyarakat yang jadi bingung. Apatah lagi masyarakat di Malaysia ni memang jenis mudah gelabah.

Dan buat yang memang percaya dengan kandungan blog-blog tu, tak mengapa. Mungkin bolehla elakkan guna barang-barang tersebut sebab rasa was-was ni boleh mengubah status penggunaannya kepada haram. Saya tak la menghentam golongan ini sebab pepatah ada mengatakan, "beringat sebelum kena, berjimat sebelum habis". Ada baiknya juga berhati-hati kan?

Saya babi
__________________________________________________________________________________

Pegang Babi Haram????

Ni lain pula ceritanya. Ramai orang Islam di Malaysia hari ini yang salah faham pasal isu pegang babi. Dulu pernah kecoh satu Malaysia pasal ada gambar seorang Student Veterinary Medicine ni pose dengan babi. Kiut gitu pegang babi pink sambil pose comel lote.

Mungkin di pihak student tu ada salah juga, siapa la suruh dia pose macam tu dengan babi tu lepas tu upload kat Internet. Lagi-lagi dah tau orang Islam terutamanya Melayu memang sensitip pasal babi ni. Tapi biarla dia dengan gambarnya. Hakikatnya pegang babi bukan haram (Haram maksudnya kalau kita buat berdosa).

Yang haram ialah makan daging babi dan segala yang mengandungi unsur-unsurnya. Dalilnya terdapat di dalam Surah Al-An'am ayat 145. Jadi di sini saya ingin tegaskan sekali lagi, pegang babi tu tak haram. Ianya hanyalah najis dan mengikut pendapat Imam As-Syafi'e babi termasuk dalam ketegori najis Mughallazah. Tapi kena pikir juga, janganla pula lepas ni pergi suka-suka pergi main dengan babi tu, najis tetap najis. Nanti susah pula nak pergi menyamak.

Tapi hari ni ramai yang hanya tengok isu pegang babi, sedangkan ramai anak muda Islam yang berpegangan tangan di luar sana tanpa ada ikatan perkahwinan yang sah. Itulah yang haram sebab memang haram. Ya, saya sendiri pernah buat dulu...yalah, bila rasa manis bersinta-sintun ni dunia pun lupa, halal haram pun lupa...dan semoga Allah mengampunkan dosa saya dan sesiapa yang terlibat. Jadi saya ingin mengajakla sesiapa yang membaca tulisan saya ini untuk mengelakkan diri dari terlibat dalam hal-hal macam ni. Semoga kita diberikan kekuatan.

Halal kalau dah kahwin
 Rasanya itu sahajalah coretan saya kali ini. Yang baik haraplah diterima, yang buruk bolehla dipertikaikan.

Sekian.

No comments:

Post a Comment

Sebarang masalah?