Komrad

Jun 28, 2011

Boikot Astro 3 Bulan?

Assalamualaikum WBT

Salam 1 Dunia

Rasanya ramai yang dah tau kan yang Astro ada buat pelarasan harga caj servis untuk pengguna kan? Untuk siapa yang belum tahu, orang Astro kata,
"Sesetengah pelanggan mungkin mengalami kenaikan sekitar RM1 hingga RM15 sebulan, manakala yang lain pula akan menikmati penjimatan RM4 hingga RM14.95 sebulan."
Memang panas sekarang ni. Lagi-lagi kerajaan pun dah banyak buat tahi sampai rakyat pun ramai yang tak puas hati lagi-lagi bila libatkan harga barang. Ni Astro pula buat hal nak buat "pelarasan" harga. Bak kata pepatah MODEN, " harga barang makin naik, gaji tak pula naik-naik"

Lepas tu sekarang ada pula la pihak nak buat boikot kat Astro. Kalau ikut apa yang aku baca kat MyNewsHub (boleh baca di sini) ni, boikot ni dianjur oleh Persatuan Pengguna I Malaysia. Depa kata takyah bayar bil Astro untuk 3 bulan?

Wadehel!!!! Persatuan Pengguna ISLAM kata boikot tak perlu bayar bil? Makna nya guna tapi tak bayar?? Bab boikot memang aku setuju tapi kalau nak boikot dengan cara tak bayar bil tu aku bangkang sebangkang- bangkangnya. Apa ke bangangnya taknak bayar? Kan itu hutang? Dalam hal ini kita guna dulu servis yang ditawarkan dan kemudian sampai masa bayar.

Paling aku bengang benda ni Persatuan Pengguna ISLAM yang nak buat. ISLAM ISLAM ISLAM. Dorang tak pernah belajar bab Muamalat ke? Hutang tu wajib bayar. Dalil?

Sabda Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Imam Tirmizi dan Imam Ahmad dan Imam Ibnu Hibban yang bermaksud : “Roh seseorang mukmin itu tergantung yakni dihalang daripada tempat yang mulia dengan sebab hutangnya sehinggalah hutangnya dijelaskan”.
Nah, ini dalilnya. Hutang wajib bayar.

Bagi aku la kan, kalau nak boikot tu bagila idea yang bernas dan mengikut HUKUM ISLAM. Jangan main semberono saja. Alang-alang taknak bayar kenapa tak terminate/potong terus? Cuba bayangkan kalau 70% daripada pelanggan Astro terminate berjemaah. Apa jadi? Mau nangis Manager Besar Astro tu. Lagipun Persatuan Pengguna ISLAM sendiri ada kata,

” Kita tak mati tanpa Astro, kita juga bukan nak bermusuh dengan mereka, tetapi kita tidak mahu mereka sesuka hati menekan kita dengan pelbagai bayaran seolah-olah mereka mempunya kuasa mutlak untuk berbuat apa saja sehingga sanggup mengetepikan pandangan pelanggan, termasuk arahan daripada kerajaan sendiri."
Jadi apa lagi? Potong saja!!!!!

*Harap maaf sekiranya entry ini berbaur amarah tapi hakikatnya yang salah perlu dibetulkan*

1 comment:

  1. Sape nak beli ANDROID TV BOX, DECODER SKYBOX, OPENBOX, CLOUDHD....
    Harga murah kasi.
    Boleh pos@COD di Sunway,PJ.
    Jika nak langgan MYIPTV, HDTV, HUAT88TV, CLINE/ CCCAM....
    Whatsapp sy 013-3332502

    ReplyDelete

Sebarang masalah?