Salam 1 Dunia
Abaikan Komen dari Farhan Zulkifli, haha |
Saya mulakan entry kali ini dengan screenshot yang saya ambil dari Facebook saya. Tak sangka pula ramai yang like (lebih dari 2 orang tu kira ramai la sebab saya bukan artis terkenal macam Sepah, Jozan, Dafi mahupun Shaheizy Sam yang setiap kali letak status beratus orang like) dan ada 2 orang member yang share sekali.
Untuk pengetahuan readers semua, sekarang saya tengah minggu (atau musim) exam. Exam dekat Charles University ni memang di luar kebiasaan kebanyakan universiti sebab mostly oral exam (ada jugala written tapi sikit je). Dan untuk student 1st year macam saya, ada 2 exam besar iaitu Anatomy dan Histology (sekali dengan Embryology) dan 1 exam entah nak kata kecil ke besar pun saya tak tau iaitu Greco-Latin Medical Terminology.
Memang stress la juga, nama pun exam kan? Dan saya failed untuk 1st attempt Anatomy 2 minggu lepas. Stress memang stress, sebab gila-gila dah study siang malam pagi petang tapi apa nak buat kan? Kita usaha tapi Allah lagi tau apa yang dirancangkan untuk kita. Dan ada la lagi beberapa masalah yang agak complicated nak diceritakan pasal registration Histology Exam tapi alhamdulillah dapat diselesaikan dan insyaAllah minggu depan hari Khamis (30/06) saya akan exam Histo. Dan walaupun diluar perancangan saya, exam Anatomy 2nd attempt saya dah register 01/08.
Back to the topic, kita selalu risau pasal exam kat dunia ni kan. Tapi macam yang tertulis kat status saya tu, "Kalau failed exam 1st attempt, boleh repeat lagi untuk 2nd atau mungkin 3rd attempt, tapi kalau failed depan Allah nanti tak dapat repeat dah.."
Pernah tak kita risau failed depan Allah nanti? Secara jujur saya sendiri pun selalu risaukan benda atas dunia tapi lupa yang "sana" itu. Kita patut risau sebab yang atas dunia ni selagi kena caranya, kita boleh perbaikinya tapi yang kat "sana", agak-agak Allah bagi peluang tak nak kita baiki "kegagalan" kita tu? Sudah semestinya tidak kan?
So, sekarang risau tak risau kita dengan exam yang satu itu dengan Allah nanti. Examnya bukan macam kat dunia tapi examnya lain sikit. Semua amalan atas dunia ditimbang atas neraca Mizan dan kalau lulus, insyaAllah syurga habuannya. Tapi kalau FAILED? Nauzubillahi min zalik.
Rasanya itu saja la kot bebelan saya kali ini. Sama-samala kita fikirkan pasal exam yang satu itu. Agak-agak cukup sediakah kita nak lulus. Harap maaf sekiranya ayat saya agak membosankan atau menyinggung mana-mana pihak. Doakan saya juga dan rakan-rakan lain supaya lulus exam dan dapat naik 2nd year dengan jayanya.
Wassalam.
Yang kerdil lagi lemah di sisi Allah SWT,
Ahmad Safwan bin Idrus As-Sabahi
No comments:
Post a Comment
Sebarang masalah?