Salam 1 Dunia
Sejak dua menjak ni mesti ada yang perasan kebanyakan entry saya banyak cerita pasal keagamaan, hal semasa dan perkara-perkara yang ramai remaja fikir agak lame lagi membosankan. Well, terpulang la kepada sesiapa yang nak baca sebab blog ni free of charge, apa yang saya tulis tu bukan kena bayar pun kalau nak baca. Nak baca, terima kasih. Taknak baca pun terima kasih juga sebab tak membazirkan masa anda untuk membaca blog bosan ini. Paling penting, apa saya rasa saya nak voice up, saya akan tulis dalam blog ni. Rasanya lagi baik dari bloggers yang tulis pasal benda-benda mencarut.
Camnila muka merah lepas kena cakap macam tu. |
Memang rasa macam nak lempang orang yang kata saya macam tu. Tapi bila hati sejuk, fikir-fikir balik betul juga. Saya suka cakap tapi banyak yang saya cakap tu bukan saya buat pun. Dulu waktu kat KMS, saya seorang naqib. Wah, serius saya memang naqib. Selalu cakap kat anak buah usrah, buat benda baik, jangan buat benda tak elok. Hafal surah-surah Al-Quran, hafal beberapa matan Hadith bersama sanadnya, jadi Imam itu perkara biasa tapi saya buat juga benda tak baik. Contoh, mengumpat, mencarut. Pelik kan? Bukan saya tak faham apa saya baca dalam solat, baca Quran, bagi tazkirah dalam usrah. Saya faham jugala bahasa Arab tapi tetap buat juga benda-benda pelik.
Imam solat, bukan senang tapi nampak macam senang |
Pepatah arab ada mengatakan, yang maksudnya lebih kurang macam ni.
"Ilmu tanpa amal, ibarat pohon tanpa buah." (Al-'Ilmi bilaa 'amalin kasyajarata bilaa tsamarin)
Lepas tu, bila buka Quran Allah SWT pun ada kata,
"Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri; padahal kamu semua membaca Kitab Allah, tidakkah kamu berakal."
Surah Al-Baqarah Ayat 44 (Tafsir Ar-Rahman)
Nasihat-menasihati |
Tapi jangan salah faham, bukan nak kata kita tak boleh bagi nasihat. Boleh bagi nasihat, tapi berpada-padalah...kalau tau kita tak buat benda yang kita nak sampaikan tu, cuba kita yang buat dulu. Ni nanti ada pula puak-puak yang salah guna ayat ni.
Jadi, marilah kita sama-sama tengok diri sendiri lagi-lagi diri saya sendiri. Banyak cakap tapi tak buat kan? Rasanya tu je la kot yang saya nak voice up kat sini, salah silap harap diampun.
Peace yo!
Yang kerdil lagi hina di sisi Allah SWT,
Ahmad Safwan bin Idrus As-Sabahi
No comments:
Post a Comment
Sebarang masalah?