Komrad

Jul 27, 2011

Saya lelaki ke perempuan? (Diedit semula pada 30.07.2011)

Assalamualaikum WBT

Salam 1 Dunia

Entry ini diedit sebagai tanda menghormati pemergian Allahyarham Mohd. Asyraf Abdul Aziz (Aleesha Farhana) yang baru sahaja meninggal dunia semalam akibat masalah jantung. Semoga Allah SWT mengampunkan segala dosa Allahyarham dan orang ramai tidak menghina Allahyarham dan keluarga. Urusan syurga neraka Allah tentukan. Diharapkan juga kita semua dapat mengambil pengajaran dari apa yang berlaku.

Sekarang gua tengok dunia makin terbalik. Terbalik maksud gua bukan nya macam bumi Sodom dan Gomorrah yang diterbalikkan ditelan masuk ke dalam bumi pasal kegiatan homoseksual waktu zaman Nabi Luth AS tu. Tapi kira hampir sama la juga kes ni pasal zaman sekarang rasanya homoseksualiti nih makin jadi benda biasa gua tengok.Dengan kat US baru-baru ni kalau tak silap gua memang jadi isu besar kahwin sejenis ni, memang serius dunia sudah "tua".

Malaysia pun tak kurang panas juga. Haiya, apa nak jadi ooo. Tapi gua bukan nak cerita yang isu macam kat US tu kahwin sejenis tu. Gua nak cerita sikit pasal tukar jantina. Biasanya lelaki tukar jadi perempuan la, sebab jarang dengar perempuan tukar jadi lelaki (mungkin lagi senang buang dari buat kot, sila fahami maksud sebenar ayat yang telah dimurnikan ini).

Benda ni pun bukan baru kat Malaysia sebab tak silap gua waktu gua kecik dulu pernah keluar kat Majalah Mastika cerita ada sorang makcik ni. Dulu dia lelaki tapi dah operate jadi perempuan. Dan nak tau tak? Dia buat kat HKL sebab dulu dia kata boleh je buat kat dalam negara. Sekarang je tak boleh; siapa yang nak kena buat kat Singapore atau Thailand (lagi murah). Tapi dia kata dia masih lagi jaga amal agama; solat 5 waktu dan semua semua yang wajib tu. Well, gua taknak komen yang part tu.

"Hai bang, nak berkenalan boleh tak?"
Sekarang gua terpikir, kenapala dorang nak sangat nak tukar jantina nih? Susah juga nak jawab sebab gua bukan termasuk dalam golongan lelaki yang banyak hormon kewanitaan. Lepas tu, bila gua tengok video pembedahan kat youtube, memang sangat sakit tu gua rasa. Macam mana dorang kencing lepas pembedahan tu? Tu tak masuk lagi yang buat breast implantation nak tambah bebanan kat dada tu. Kadang-kadang terover dari wanita asli lagi sampai tak cukup cup. Yang beza yang nih tak boleh keluar susu je nanti sebab dorang tak kan mengandung.

Janice Dickinson's Modelling Agency
So, gua rasa sebabnya ada dua. First, dorang ni ikut sangat nafsu. Bukan nak menghukum tapi inilah hakikat. Second, tak berapa nak takut kat Allah. Kenapa gua guna perkataan tak berapa nak takut? Sebab kalau dorang betul betul takut dorang tak kan buat benda macam tuh. Tapi mungkin ada lagi sebab lain kot?

Kadang-kadang gua takut juga. Manala tau tiba-tiba terpikat kat sorang gadis nih. Muka dah lawa, body dah mantap macam model tup-tup bekas lelaki. Na'uzubillah. Semoga gua tak terpikat dengan orang macam tuh. Huhu, naya hidup gua sebab walaupun dah tukar jantina hakikatnya dia tu lelaki. Mau gua kena hukuman homoseksualiti kat akhirat nanti. Gua pun berdoa la semoga gua dan semua lelaki lain dijauhkan dari tiba-tiba terpikir nak jadi perempuan. Mana la tau kan, hari ni kita dok pong pang pong pang kata itu ini, esok lusa tiba-tiba pakai baju perempuan pula dah. Ingat mati weyh! Nanti Tok Imam nak solat jenazah tu pening nak berdiri sebelah mana lepas tu nak niat untuk lelaki ke perempuan. Paling penting, ingat Allah!
Turning back to Allah
Itu saja kot bebelan gua. Harap maaf sekiranya ada pihak terasa hati.

Majulah sukan untuk negara.

6 comments:

  1. Naaa..tengok sekali ketawa.tengok dua kali..masyallah..pening kepala tengok org begini.bersyukur la dgn apa yg ada.^_^

    ReplyDelete
  2. Salam

    bagi saya daorang terlalu ikut perasaan sangat.dulu saya ada je lelaki lembut tapi alhamdulilah walaupon macam tu tapi dia tetap jadi lelaki sejati.btw i`m one of ur reader.salam perkenalan. ^_^

    from,
    Ain Fatihah

    ReplyDelete
  3. @misya mialen
    kena syukur sebab at least sempurna jd lelaki/perempuan...kalau khunsa tu lain cerita tp ada caranya kan...

    ReplyDelete
  4. @Anonymous
    Salam Ain Fatihah,

    Betul, saya setuju...memang antara sebabnya ialah terlalu ikut perasaan. lagi satu mungkin sebab pergaulan juga. Kalau macam bergaul dgn golongan yg sama je mcm dorang kemungkinan utk jadi keras balik tu agak susah

    Terima kasih sebab baca blog ni. Salam perkenalan :)

    ReplyDelete
  5. Salam...

    hmm...anda mmg ade point yg ingin disampaikan..tp sy x nmpak bahagian mana yang relevan utk anda mnggunakan bahasa2 yg mcm x best je bile bace..
    kita kan muslim...kan lagi baik kte berhikmah even bila nk menegur pbuatan org lain...x ke bgitu safwan?

    ReplyDelete
  6. @Anonymous
    terima kasih atas teguran anda. dan memang saya dah edit pun entry ni atas sebab menghormati orang yang telah pergi.

    teruskan memberikan komen membina di masa hadapan, terima kasih.

    ReplyDelete

Sebarang masalah?