Komrad

Aug 17, 2011

Berkat 17 Ramadhan

Assalamualaikum WBT

Salam 1 Dunia

Alhamdulillah, berkat Malam 17 Ramadhan iaitu Malam Nuzul Quran, aku dipertemukan dengan Brothers Jami'atut Tabligh dari England, UK kat Masjid Center time buka puasa

Terasa sangat syukur dapat jumpa dengan Brothers ni, benarlah Islam mempersaudarakan manusia tanpa mengira bangsa. Dorang ni asal Pakistan tapi pindah pergi England dan kerja kat sana. Mula-mula sebelum solat Maghrib, aku sempat la cerita sikit dengan Brother Mahboub (kalau tak silap aku) tapi tak lama sebab time tu dah Iqamah.

Lepas makan, Brother 'Othman datang dekat dengan kitorang budak Malaysia dan memang budak Malaysia ni senang nak kenal untuk orang-orang Islam lain. Bila dengar cerita dan perkongsian dari Brother 'Othman ni aku sangat kagum dengan dia. Pada usia 30, dia dah habis buat PhD dan sekarang umur dia 35. Dan dia kata dorang datang dari British Isle dengan kereta, pandu 3 hari 2 malam baru sampai Prague. Subhanallah.

Dengar perkongsian dengan orang Sains ni memang sungguh menarik bila diri sendiri pun memang termasuk dalam golongan Sains. Dia buat PhD dalam Medical Science kalau tak silap aku. Memang sangat seronok. Dia kata kita manusia terdiri dari 2 unsur; jisim (mass) dan roh. Jisim asal dari tanah dan roh asal dari Alam Ghaib. Macam mana ramai orang hari ni yang "bagi makan" kat Jisim dengan hiburan, makanan dan semua yang duniawi tapi tak ramai yang "bagi makan" kat Roh. Apa makanan Roh? Itulah Amalan Soleh.

Dengar cerita dari dia memang sungguh menarik. Memang terasa betul yang aku ni kosong jiwa. Yela, dulu kat Malaysia senang je nak jumpa orang-orang macam ni. Walaupun aku pernah juga saja taknak datang bila dorang ajak (aku ni nakal juga) tapi bila sampai Prague ni serius aku rindu itu semua. Memang aku ada la tengok video kat Youtube tapi itu tak cukup sebab kena live baru ada feeling masuk ke hati. Rasa lain bila kau dengar perkongsian berdepan mata bertemu mata. Dan paling terkesan kat hati aku bila dia cium tangan aku waktu kitorang salam lepas habis sesi perkongsian. Tiba-tiba teringat cerita Habib Munzir bin Fuad Al-Musawa pasal Habib Omar bin Hafiz yang cium tangan orang yang benci kat dia, lepas tu orang tu jadi lembut hati dengan izin Allah tengok akhlak Habib Omar bin Hafiz (video Youtube)

Sebab tu dalam Islam kata kita kena saling mengingati (cuba tengok Surah Al-Asr). Inila bagusnya ada Jamiatut Tabligh ni. Walaupun mungkin ada pembenci tabligh yang kata, dorang ni bukan ulama la, dorang ni merepek la tapi bagi aku dorang sangat bagus. Dorang tau dorang bukan ulama jadi dorang bercakap kita sesuai dengan ilmu yang dorang ada. Belum pernah lagi aku jumpa ahli dari jemaah yang cakap lebih dari apa yang dorang tau. Dan aku mengaku aku memang kekurangan orang yang selalu ingatkan aku itu dan ini pasal agama walaupun dulu banyak la juga belajar ilmu agama. Tapi biasala orang akhir zaman, ilmu tu banyak terpendam je sebab takde orang nak ingatkan kita untuk amal.

Tu je kot aku nak membebel untuk kali ini, insyaAllah malam ni dapat la lagi jumpa dengan Brothers ni kat Masjid. Rasa sangat seronok dapat jumpa dorang ni.

*Nak kongsi sikit Opening Theme untuk Program TV Arab "Lau Kaana Baynana" (If He Were Among Us)


Translated Lyrics

If the beloved (Muhammad SAW) were among us
Those from far and nearby will come to him
Hoping to see the sun of goodness before it sets
Desiring to be close to him
In his company the soul feels great
If he prays Allah will surely answer
The light of Taaha will not cease to exist
Oh You (Allah SWT) who answers our prayers
Please fulfill our hopes to meet him
I am willing to sacrifice my life for you oh beloved (Muhammad SAW)
Muhammad honors of strangers
In your company the soul feels great
Oh mercy of the world

**Translation ni agak direct dan mungkin ada yang kata pelik. Tapi orang Arab ni memang kalau bab tulis Syair (lirik lagu juga) memang power**

No comments:

Post a Comment

Sebarang masalah?