Komrad

Aug 21, 2011

Lelaki mari jadi lelaki yang baik

Assalamualaikum WBT

Salam 1 Dunia

Sekarang aku perasan antara benda yang paling banyak bloggers suka tulis kat dalam blog dorang dan juga Facebookers suka letak kat wall dorang ialah pasal aurat wanita. Isu tudung, baju ketat, leggings dan macam-macam lagi sampai adala dua tiga orang kawan perempuan aku yang kata kat aku,
"asyik perempuan je yang kena nasihat. Padahal ramai juga lelaki yang pakai tak betul."
Well, bagi aku mungkin sebab ramai perempuan kot yang pakai macam tu. So, nasihat aku dengar sajala nasihat tu untuk kebaikan diri sendiri. Tapi terpulangla kepada diri sendiri.

Okay, done with that. Sekarang aku nak bagi nasihat kepada kaum sejenis aku sendiri iaitu lelaki yang berkromosom XY. Sebab yang ni jarang sekali orang amek peduli, yang orang suka amek peduli kebanyakannya pasal perempuan dan kebanyakkan pengkritik ni pula lelaki. So apa kata kita refleksi diri sendiri sekarang.

Lelaki pakai seluar pendek aka shorts.
Yang part ni kita selalu anggap biasa saja padahal dalam Islam kata aurat lelaki dari pusat sampai ke kepala lutut. Yang paling kelakar bila ada lelaki asyik tembak perempuan sebab tak tutup aurat tapi diri sendiri tunjuk kepala lutut. Paling senang nak tengok kepala lutut ni bila main bola sedangkan boleh je pakai seluar panjang ataupun kalau rasa terkurang bebas nak bergerak boleh pakai tights + seluar pendek tu.

Lelaki pakai rantai leher atau gelang tangan.
Yang ni pun ramai juga yang buat. Sedangkan dalam Islam kata benda-benda tu hanya untuk perempuan. Lepas tu bangga tunjuk kat orang lain sebab pakai benda yang untuk perempuan. Hurrrrmmmmm.

Kredit gambar dari Blog Without Wax
Lelaki bertindik.
Yang ni pun bangang juga. Samala macam rantai dan gelang, bertindik dibolehkan untuk perempuan je. Yang lelaki pun sama gatal hati nak tindik telinga la, lidah la, hidung la tu apa kes? Sungguh pelik dan memelikkan.

Yeahhh!!! Kredit gambar kepada Blog Gambar Hehe

Lelaki warna rambut.
Well, bab kaler rambut ni makin feymes aku tengok. Member-member aku pun ramai juga yang kaler rambut jadi kuning, merah, biru, hijau dan macam-macam warna lagi. Sampai jadi macam warna pelangi pun ada. Bila aku tanya, "camner korang amek air semayang?" Depa jawab, "alah, amek air semayang cukup syarat basahkan kat rambut yang tak berkaler tu la." Pastu aku tanya lagi, "macam mana korang nak mandi wajib, kot-kot la tak sengaja termimpi indah tu kan." Dorang diam taktau nak jawab macam mana. Haiiishhh.

Baru cool. Kredit gambar kepada Belog Cap Ayam
Last sekali,

Lelaki pakai baju ada gambar/tulisan pelik.
Bila lepak kat KLCC, Pavilion dan macam macam tempat lagi yang aku pernah lepak (kalau kat Sabah aku jarang lepak luar), ramai budak lelaki aku tengok pakai baju yang ada tulisan pelik-pelik. Ada yang tulis "S*X is good" la, ada yang tulis "Last night I f**k your mom" la, lepas tu ada yang letak gambar tengkorak berdarahla, daun ganja la. Haiya, macam-macam ooo. Macam mana la nak pergi solat kat Masjid kalau pakai macam tu. Bayangkan kita nak pergi jumpa YDP Agong tapi pakai baju pelik macam tu.

Erk, bonded by blood? Kredit gambar kepada Blog Bajugambar
Sekian ngarutan aku untuk kali ini. Kepada sesiapa yang terguris perasaan, minta maaf la ye...ini hanyalah teguran untuk anda. Kalau nak pakai masuk di akal bagus la, kalau taknak takpela...ikut suka la.

Adios

*P/S jangan kata dengan aku "don't judge a book by its cover pula". Aku tulis sebab benda ni memang betul kalau ikut hukum Islam. Dan jangan kata aku bersifat "Holier than thou" pula sebab aku tak kata pun aku lagi baik dari orang yang berpenampilan macam yang aku tulis nih*

No comments:

Post a Comment

Sebarang masalah?