Komrad

Aug 3, 2011

Puasa di Bumi Prague

Assalamualaikum WBT

Salam 1 Dunia

Alhamdulillah, hari ini dah masuk hari ketiga untuk kita umat Islam berpuasa. Maksudnya dah 2 hari kita puasa penuh. Jadi, kena syukur la semua tu sebab bukan semua orang dapat peluang untuk puasa. Ada yang tak sempat pun nak masuk 1 Ramadhan pasal meninggal. Ada yang sakit tak dapat puasa. Ada yang puasa di pagi harinya tapi dipanggil menghadap Ilahi petang harinya. Semua itu ketentuan Allah. Harap-harap tahun ni kita dapat berpuasa penuh dan menyucikan diri zahir dan batin, Insya Allah.

Puasa kat Prague, Czech Republic (sila google kalau tak pernah dengar nama negara ni) ni mencabar jugala macam yang aku dah cerita kat entry aku sebelum ni. Cuma entry tu aku tulis sebelum puasa. Ni bila dah puasa baru la rasa macam mana cabarannya. Rasa malas nak keluar sebab sangat susah nak jaga mata. Ada la juga reader yang cakap kat aku (dia perempuan),
"kesian kan korang lelaki nih bila nak puasa kat tempat yang tengah summer nih"
Susah memang susah tapi itu la cabaran sebenarnya dan aku memang tekad nak lawan semua itu, Insya Allah.

Suasana Ramadhan pun takla semeriah di Malaysia. Kalau Malaysia benda paling digemari ramai pihak ialah Bazaar Ramadhan. Macam-macam ada. Serius aku rindu itu semua. Petang-petang selalu je pusing-pusing kat bazaar beli macam-macam pasal ikut nafsu sangat, haha. Lepas tu bila dah buka baru makan sikit dah kenyang.

Tapi kat Prague ni memang lain la. Aku buka puasa dengan beberapa biji kurma dengan air sejuk / manis je. Memang ikut sunnah betul, padahal malas nak masak dan kat sini manala ada bazaar macam kat Malaysia tu. Lepas tu solat Maghrib kejap. Habis solat baru la rajin sikit nak masak, tu pun yang simple mimple je macam nasi goreng atau mee goreng. Tapi yang best kat sini, boleh buka puasa free kat Central Mosque. So, aku rasa mungkin lepas ni setiap petang aku buka kat masjid je la. Hehe, dapat makan daging kambing. Brothers kat sana pula baik-baik.

Dan satu lagi, sahur. Inila pertama kali aku sahur masak sendiri. Sebelum ni ada je orang masakkan; mak aku kat rumah ataupun Dewan Selera time kat MRSM dengan KMS dulu. Tapi biasala standard orang pemalas macam aku. Haha, tu pun makan nasi dengan telur goreng je time hari pertama. Mujur ada housemate masak sup ayam lebih, bolehla tumpang sekaki. Hari kedua pula aku makan kurma dengan minum air sejuk je sebab serius mata sangat mengantuk time tu. Hari ketiga (hari ni) aku terlepas sahur, padan muka aku siapa suruh tidur lepas Isyak.
......................................................................................................................................................................

Pesanan penaja:

Antara ibadah sunat yang patut kita perbanyakkan sempena bulan Ramadhan dan lebih baik kalau diteruskan di bulan-bulan seterusnya

1. Solat Terawih.
2. Baca Al-Quran.
3. Zikir mengingati Allah.
4. Sedekah.
5. Memberi orang makan (masuk kategori sedekah).
6. Berselawat ke atas Baginda Muhammad SAW.

Ini antara yang patut kita amalkan. Tapi jangan pula terlupa nak buat ibadah fardhu. Dan tunaikanlah zakat fitrah (aku masih lagi bawah tanggungan, so Abah aku la yang bayar, hehe). Wajib tu.

Sekian, selamat berpuasa dan beramal

2 comments:

  1. Mencabarnya puasa d sana kann. Huuu. Suda la teda bazar. Nnti klu org post gmbar makanan d fb or blog msti tliur. Good luck. Selamat berpuasa

    ReplyDelete
  2. @Cinoi
    haha, tliur juga bila ada org kasi post makanan bazaar yg sedap2 tu...

    ReplyDelete

Sebarang masalah?