Komrad

Aug 28, 2011

Selamat Tinggal Cik Anna Specky

Assalamualaikum WBT

Salam 28 Ramadhan 1432 H

Bila tengok title entry aku kali ini, sila jangan tanya aku siapa Cik Anna Specky. Seriusly dayymmm aku tengah sedih sebab kehilangan beliau. Tapi apa boleh buat, semua yang ada kat dunia ni memang ada expired date dan kini memang sudah sampai masanya untuk Cik Anna Specky untuk meninggalkan aku.
 
Saat bahagia bersama Cik Anna Specky
Cik Anna Specky selepas ditimpa kemalangan.
Haha, sebenarnya Cik Anna Specky ni ialah nama yang aku bagi untuk spek aku. Kenapa Anna Specky? Suka hati aku la nak bagi nama apa pun, dah spek aku. Tapi serius sedih sebab spek aku ni patah sebab aku terpijak time baru bangun tidur tadi...

Ceritanya macam ni...aku macam biasa bila dah mengantuk mesti akan tidur...sebab katil aku penuh benda-benda pelik dan ajaib so aku pun mem-paus-kan diri atas lantai dan letak spek kat tepi bantal...punyala sedap tidur tadi sebab hujannn, sejuuuuuuk je rasa.

Bila bangun, entah macam aku boleh lupa aku letak spek kat tepi bantal. Bila aku pijak lantai, dengar bunyi "krak". Dagggggggg!! Time tu baru aku ingat spek aku...mula-mula tak patah lagi, bengkok ke...ntah bila lama sikit sebab aku nak test boleh pakai ke lagi tak, baru la benda tu tetiba patah.

Last-last, aku tak dapat pergi masjid nak buka puasa sebab tak berapa nampak jalan. Dah la mendung + gelap sikit, memang buta terus la aku. Esok aku cuba nak keluar nak pergi buat spek baru...huuurrrrmm, macam manala agaknya aku nak keluar esok dengan blurry vision (aku rabun jauh + astigmatism). Sabar je la.

RIP Miss Anna Specky (2009-2011)


No comments:

Post a Comment

Sebarang masalah?