Komrad

Aug 25, 2011

Susah senang hidup mati di tangan Tuhan

Assalamualaikum WBT

Salam 25 Ramadhan 1432 H

Ada masanya memang aku rasa macam nak putus asa

Semua rasa ada

Tapi bila baca Surah Al-Insyirah (As-Syarh), hati terubat

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
 (Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang)


أَلَمْ نَشْرَحْ لَكَ صَدْرَكَ

1. Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayah petunjuk) ?

وَوَضَعْنَا عَنْكَ وِزْرَكَ
2. Dan Kami telah meringankan daripadamu: bebanmu (menyiarkan Islam)

 الَّذِي أَنْقَضَ ظَهْرَكَ
3. Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?
وَرَفَعْنَا لَكَ ذِكْرَكَ
4. Dan Kami telah meninggikan bagimu: sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?
فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا
5. Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan
إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا
6. (Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan

فَإِذَا فَرَغْتَ فَانْصَبْ
7. Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain)

وَإِلَى رَبِّكَ فَارْغَبْ
8. Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini)

________________________________________________________________________
Aku letak sekali Qasidah yang aku belajar dulu, penenang hati bila ditimpa kesusahan/kesedihan


Maksud 4 rangkap pertama Qasidah ni

1) Katakanlah olehmu: Wahai Allah yang Maha Agung!

2) Engkaulah yang Maha Agung

3) Telah menimpa kami kesulitan yang besar

4) Tiap-tiap kesusahan yang menimpa kami
Tetap menjadi mudah dengan nama-Mu, Wahai Tuhan yang Maha Agung

InsyaAllah, semoga semuanya dipermudahkan Allah SWT

No comments:

Post a Comment

Sebarang masalah?