Komrad

Sep 26, 2011

Gempar!!! Teori Konspirasi Encik Safwan

Namibia Purba, 26 Sept - Gempar!!! Itulah satu-satunya perkataan yang terkeluar dari mulut wartawan Akhbar Sinar Menyinar setelah selesai menemu ramah tokoh pemikir dan pengkaji Teori Konspirasi terkenal, Encik Safwan Al-Konspayeri.

Memetik kata-kata keramat beliau mengenai kejadian 11 September 2001(lebih dikenali sebagai 9/11 atau 11/9), "Hasil kajian saya dan beberapa lagi paranoia lain yang turut sama mengkaji mengenai tragedi tersebut, saya mendapati semememangnya terdapat unsur konspirasi yang mana Presiden Bush sendiri terlibat di dalamnya."

"Walaupun Bush dengan b**ohnya cuba untuk mengaitkan peristiwa keganasan tersebut dengan Islam dan Al-Qaeda serta Osama Laden, tapi saya sama sekali tidak termakan dengan konspirasi yang beliau rancangkan."

Beliau menyambung, "Punca sebenar kenapa Bush tergamak untuk membunuh mereka yang berada di WTC (Pusat Dagangan Dunia) adalah kerana beliau inginkan besi-besi kerangka yang terdapat di serata bangunan tersebut. Besi tersebut kemudiannya akan dileburkan untuk dijadikan bahan membuat kapal perang baru yang diberi nama USS NEW YORK."

"Ini selaras dengan cita-cita Imperialis Bush bagi menguasai dunia dengan menyerang negara-negara lain. Tapi uniknya di sini, Bush tidak ingin menggunakan banyak perbendaharaan negara lalu memilih untuk mengorbankan bangunan tinggi itu bagi merealisasikan impian semua Freemasonis sedunia bagi menguasai dunia secara total."


Kredit kepada:

Blog Serius

No comments:

Post a Comment

Sebarang masalah?