Komrad

Sep 20, 2011

Saya Sayang WSB

Assalamualaikum WBT

Salam 1 Dunia

Untuk kali ini, aku mau guna stail tulisan yang lebih kepada stail orang Sabah. Kenapa? Sudah semestinya pasal aku orang Sabah. Kan kan? Tapi kepada orang bukan orang Sabah, don't worry pasal tahap keSabahan yang aku pakai ni minimal, so senang dipahami.

Okey, kenapa aku taruk tajuk "Saya Sayang WSB" untuk entry ini kali?

Sebabnya WSB ada masukkan aku dalam diorang punya senarai Aktif Wasaber: Edisi Raya Merdeka. Serius aku nda sangka pasal aku update sikit-sikit ja lepas tu banyak merepek. Haha, tengok-tengok ada la juga temasuk sekali. Trimas kepada krew WSB yang menyenaraikan aku.


Hehe...aku yang berbaju Melayu hitam + Blazer + Samping Songket Benang Emas + Bersongkok

Buat pengetahuan siapa-siapa yang nda tahu apa itu WSB, mari sini aku cerita sikit. WSB stands for We Are Sabahan Bloggers (Bahasa Melayunya Kami Ialah Blogger Dari Sabah). Oh ya, lupa pula hari umur WSB suda 1 tahun 10 hari, jadi aku mau ucapla Selamat Hari Jadi Terlambat (Happy Belated Birthday) kepada WSB.

WSB ni kiranya satu komuniti online orang Sabah yang berasaskan blog yang aku rasa sangat best sebab dapat kenal kawan-kawan baru yang best. Walaupun belum pernah jumpa insyaAllah satu hari nanti aku dapat jumpa juga kamurang nanti, oheeeyyeeaahh!!! Lepas tu kan, dua orang kira orang kuat WSB ni sepupu aku juga: Alfian aka Bobby sama Zurina (aku panggil dia Didi jak). Seriusli, sebab ada WSB ni la aku rasa semangat mau buka blog orang. Haha...

Links:
Webpage WSB
Facebook WSB

..................

Itu jak kali aku punya tulisan ini kali. Nanti aku buat cerita lain pula lagi. Sekali lagi,

Saya Sayang WSB

Salam :)

No comments:

Post a Comment

Sebarang masalah?