Komrad

Jan 10, 2012

Adam Adli (Awas entry ini mungkin membosankan)

Salam Y'all

Rasanya hampir semua masyarakat Malaysia tau kan semalam hari keputusan perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dituduh meliwat bekas pembantu beliau iaitu Saudara Saiful Bukhari Azlan. Memang hangat kes ni sampai 2 tahun lebih dibicara dengan berpuluh kali penangguhan sebutan kes, dan akhirnya hakim dah putuskan Datuk Seri Anwar dibebaskan dari tuduhan kerana kekurangan bukti.

Okeyh, memandangkan tajuk entry aku nih "Adam Adli" maka aku pun taknak la ulas panjang pasal kes semalam. Bagi aku, yang benar tetap benar, yang salah tu salah la kan. Itu kerja orang undang-undang. Aku orang takde ilmu undang-undang lagi baik tengok saja.

Kenal Adam Adli? Basically aku pun tak kenal dengan dia nih. Jumpa pun tak pernah apatah lagi bercakap dengannya. Dari apa yang aku baca dari macam-macam sumber dia nih budak Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), kiranya bakal jadi cikgu lah.

Saudara Adam Adli
Isu pasal dia nih start dari isu penurunan bendera ada muka Datuk Seri Najib kat depan Bangunan PWTC entah aku tak exact date dia. Time tu kalau tak silap aku dorang nak hantar memorandum berkait dengan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) kepada Timbalan Menteri Pengajian Tinggi iaitu Dato Saifuddin Abdullah.

Okeyh, part ni biar aku komen sikit. Bagi aku mungkin tindakan menurunkan bendera tu ada terkurang adab la sikit kan. Tapi entah la aku taktau apa yang Adam Adli ni pikir waktu tu sebab dia mungkin ada sebab tersendiri nak buat macam tu. Boleh hentam dia, marah ke, tak puas hati tapi jangan la melampau sampai nak bunuh dia la, ugut cederakan la dan paling teruk sampai buat cerita kononnya dia ni GAY. Wallahua'alam, secara PERIBADI nya aku rasa mungkin tindakan Adam Adli ni terlebih sudah tapi tak perlu la melampau-lampau nak "tembak" dia sampai memfitnah.

Dan ini yang paling terbaru, Adam Adli telah di"hakimi" oleh "top gun" di dalam UPSI tu (aku taktau nak guna istilah apa, mungkin senat la kot), dan dijatuhkan hukuman digantung pengajian selama 18 bulan yakni 3 semester atas tuduhan mencemarkan nama baik UPSI. Berat nanang tuh.


Well, aku pun taktau nak ulas lebih-lebih sebab setiap Universiti ada "perlembagaan" mereka masing-masing. Cuma aku rasa macam penggantungan nih macam terlebih la, agak oppressive seolah hendak menutup terus suara pelajar. Aku rasa la, sebab aku tak rasa Adam Adli akan duduk diam je bila dia digantung 3 semester ni. Mungkin lagi banyak bagi masalah kat UPSI nanti. Masalah apa? Masalahnya lagi ramai orang akan kata hukuman ni sebagai politically inclined more to Government dan lebih tepat lagi Barisan Nasional. Aku tak tau apa yang jadi masa "perbicaraan" Adam Adli dan mungkin tak ramai yang tau pun apa jadi waktu tu, so aku rasa baik aku tak kata lebih-lebih.

Terkini, video "press conference" Adam Adli pun dah keluar kat Youtube. Kredit kepada MalaysiaKini yang siarkan video tu. Nampak benar semangatnya Adam Adli ni dengan rasa student's power-nya. Memang mula-mula aku agak simpati bila dengar dia dihukum sedemikian yang lebih bersifat oppressive, tapi bila tengok video tu buat aku terpikir sesuatu.

Memang dengan terang dan jelas Adam Adli ada kaitkan "top guns" aka beberapa orang Professor UPSI yang terlibat dalam keputusan menghukumnya ni dengan UMNO. Bagi aku, mungkin ada betulnya. Cuma cara bercakapnya itu seolah-olah menghina "top guns" tersebut tu yang aku tak berkenan. Tak keterlaluan untuk aku kata, emosi telah membuatkan nada percakapannya seolah-olah angkuh. Ditambah dengan tindakan mengoyak kertas di hadapan wartawan, semua ini bagi aku menambah persepsi negatif sesetengah pihak terhadap Adam Adli ni. Tapi disebabkan mungkin dia lebih paham akan situasi ni dan aku pula hanya menjadi penerima maklumat yang entah bukan lagi sekunder mahupun tertier, maka baik aku tak kata lebih-lebih juga.

Cuma aku rasa baik Adam Adli ni contohi Dato Seri Anwar Ibrahim. Tengok la mana-mana kenyataan media ke, interview ke dengan Dato Seri Anwar, tak pernah aku tengok kata-katanya yang kelihatan angkuh. Retorik dalam kenyataannya memang ada tapi setakat ni, bagi aku memang kebanyakannya bermakna dan kelihatan bijak.

Itu antara ulasan aku pasal isu Adam Adli ni la. Lumrah orang muda la kan cuma perlu betul salurannya. Mungkin ada orang akan tanya aku, "kau ni sokong mana satu?" Bagi aku, lagi baik aku sokong pihak yang aku rasa baik. Dalam isu perjuangan menentang AUKU ni, aku sokong memorandum dan apa yang dorang perjuangkan. Cuma bagi aku matlamat tak menghalalkan cara.

Ingat, kita masih lagi masyarakat Timur yang ada adab sopannya. Mungkin ramai di antara kita yang merasakan cara anarkist macam demonstrasi aka rally lebih berkesan untuk mengubah keadaan tapi kena juga pertimbangkan buruk baiknya. Sebab tu aku lagi suka cara diplomasi atau cara-cara lain yang boleh mengelak keganasan. Kenapa aku kata keganasan?

Sebabnya, walaumacam mana pun kita cuba untuk keep calm dalam satu-satu rally, tapi aku yakin bukan semua yang ada tu tinggi sabarnya. Bila dah ramai-ramai ni, kita jadi macam minyak petrol. Terpercik api besar taik hidung pun boleh sebabkan api binasa. Tapi bukan bermakna aku menentang sepenuhnya demonstrasi/rally ni sebab untuk sesetengah keadaan, ianya mungkin cara paling efisien untuk membolehkan suara kita didengar oleh pihak berkenaan. Cuma itulah, perlukan pemimpin yang betul-betul dapat mengawal anak buahnya dan para demonstran yang berkesabaran yang tinggi bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

Satu lagi, bagi aku kerajaan pun kadang-kadang banyak juga simpang siurnya pasal isu macam nih. Dan kerajaan kena bijak la macam mana nak tackle benda macam ni. Buat pak-pak menteri, jangan la duduk selesa sangat kat bilik opis tu. Cuba tengok apa rakyat kata terutamanya kelompok orang muda dan pelajar nih. Dan yang paling penting, terima teguran dan kritikan dengan terbuka. Bukannya menutup mulut secara paksa orang yang menegur tu.

Pelajar dan golongan muda ni lain panasnya. Silap hari bulan boleh jadi macam kat Indonesia dulu yang tak silap aku masa Presiden Suharto ke Presiden BJ Habibie aku pun tak pasti sangat mana satu. Semuanya sebab gerakan mahasiswa ni la kerajaan boleh tumbang.

Kalau kerajaan je tumbang tapi lepas tu tiada kacau bilau tak la teruk sangat. Tapi ada kacau bilau macam kat Indonesia tu la yang buat semua pun jadi hancur. So, ambil la pengajaran dari itu.

Itu saja la kot "analisis politik" aku kali ini. Tahniah kepada sesiapa yang berjaya menghabiskan bacaan sehingga ke akhirnya. Harus diingat, ini hanyalah pendapat peribadi aku saja. Siapa-siapa nak kritik boleh, nak bersetuju ke nak bangkang ke itu hak masing-masing. Agree to disagree, itu polisi aku. Sekiranya terdapat kesilapan fakta mohon diperbetulkan.

Cau cin cau!

*Dari satu segi aku puji Saudara Adam Adli ni sebab dia ni berani*

No comments:

Post a Comment

Sebarang masalah?