Komrad

Jan 6, 2012

Tukar IC Baru

Salam Y'all.

Okay, kali ini bagi menjalankan tanggungjawab sosial maka aku pun menulis la entry baru ini pasal penukaran Kad Pengenalan MyKad baru yang diperkenalkan bermula 3 Januari 2012.

Pengeluaran MyKad ni dibuat secara berperingkat iaitu Ibu Pejabat JPN dan JPN Shah Alam bermula 3 Januari, JPN Kluang dan Ipoh (14 Januari), Kuantan (15 Januari), Melaka (17 Januari), Kuching dan Kota Bharu (20 Januari), Kuala Terengganu dan Pulau Pinang (29 Januari), Alor Star (2 Februari), Miri (6 Februari), Kota Kinabalu dan cawangan-cawangan lain (7 Februari) dan Wilayah Persekutuan pada 15 Februari. Bayaran yang dikenakan ialah sebanyak RM10.

Anda sudah menukarnya kepada yang baru? Jangan risau kerana ianya belum lagi diwajibkan dan semalam (atau mungkin kemarin), Datuk Jariah Mohd Said selaku Director-General JPN mengeluarkan kenyataan supaya tidak tergesa-gesa untuk menukar MyKad yang baru.

Ini adalah untuk mengelakkan kesesakan di kaunter perkhidmatan JPN. Tau je la kan? Bila dah ramai sangat, urusan pun jadi kurang lancar, lambat dan berkemungkinan juga MyKad yang dipohon akan lambat dikeluarkan.

JPN D-G Datuk Jariah Mohd Said dengan MyKad barunya (Gambar dari The Star Online)
Apa yang aku paham, MyKad baru ni lebih tahan lasak dengan kad dibuat daripada bahan Polikarbonat dan cip yang lebih tahan lasak. Bagus la kalau macam tu, MyKad aku pun dah nak terkopek dah, pastu cip pun kadang-kadang tak dapat dibaca.

Untuk tujuan keselamatan pula, MyKad ini dilengkapi dengan imej turisan laser dan dilengkapi perlindungan antisalinan bagi menghalang pihak tidak bertanggungjawab membuat MyKad palsu. Harap-harapla kali ni takde orang dapat nak palsukan MyKad lagi atau sekurang-kurangnya pemalsuan MyKad ni dapat diminima la kan.

Itu sahaja tulisan aku untuk kali ini. Ingat readers semua, jangan terburu-buru sangat nak buat MyKad baru ni takut nanti ada kesesakan pula dekat Kaunter JPN tu nanti. Kalau boleh utamakan warga emas terlebih dahulu.

SELAMAT MENUKAR MYKAD

No comments:

Post a Comment

Sebarang masalah?