Komrad

Jan 5, 2012

ayoh kembali ke sekolah!!!

Assalamualaikum dan Salam 1 Dunia Y'all!!

Hari ini 05 Januari 2012 maknanya masuk dah hari kedua bersekolah bagi murid-murid dan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah seluruh Malaysia (kecuali Kelantan, Kedah dan Terengganu yang start sekolah 03 Januari). Belum terlambat untuk aku ucapkan selamat kembali ke sekolah sebab aku dapat tau yang ada di antara pembaca blog ni yang masih bersekolah.

Dan untuk adik-adik yang baru masuk Darjah 1, selamat bersekolah. Memang pengalaman baru bagi sesiapa yang tak masuk Tadika, Pra Sekolah mahupun Pasti sebab pertama kali jumpa kawan ramai. Bila tengok berita semalam, cumil cumil je budak ni masuk sekolah. Siap ada mak abah lagi tunggu kat luar pintu kelas takut anak dorang nangis ke, buat hal ke. Maklumlah, budak baru masuk sekolah.

Aku taktau la gambar siapa ni tapi harap-harap dorang izinla aku guna gambar nii.  (Credit to Papa Siber)
Adik aku yang bongsu, Aqwa tu pun masuk Darjah 4 tahun ni. Dia seorang je la yang still in the school classroom sekarang ni antara kitorang adik beradik. 
_________________________________________________________________________________

Orait, aku nak cerita sikit pasal apa yang aku tengok pagi ni kat Malaysia Hari Ini TV3 tu. Best juga slot-slot yang ada kat MHI ni. Hari ni dorang ada cerita pasal beg sekolah berat. So meh aku share sikit apa yang aku tengok tadi....

Untuk pengetahuan semua, berat beg sekolah dan juga bagpack-bagpack lain yang anda pakai mestilah dalam antara 10% hingga 15% daripada berat tubuh badan. Maknanya kalau berat badan 50kg, berat maksimum beg ialah 7.5kg. 

Hmm, 7.5kg tu pun memang dah berat kan? Kalau naik flight Air Asia hand luggage tu pun 7kg je boleh bawa onboard. Teringat masa sekolah dulu bila bawa buku teks berat-berat dalam beg. Dahla satu subjek tu kekadang ada 2,3 buku; buku teksnya, buku latihan dan buku aktiviti. Tak masuk lagi buku nota saiz A4 tu. Pergh, botol air lagi. Rasanya mau 10kg dulu aku bawa beg pergi sekolah.

Beg berat. (Credit to Mumsgather)

Pastu, saiz beg sekolah hendaklah tidak melebihi lebar badan. Yang ni aku rasa kebanyakannya jadi kat budak sekolah rendah la. Badan kecik tapi bawak beg besar. Bila aku lalu depan sekolah je kesian juga aku tengok kat budak-budak kecik ni bawak beg besar yang berat sampai terbongkok sikit sebab nak tampung berat. 

Pemilihan beg pun penting juga. Digalakkan membeli beg yang beroda tu sebab boleh bawa muatan yang banyak dan kalau berat pun boleh tarik sebab ada roda kat bawah dia. Tapi mungkin untuk sesetengah sekolah terutama di luar bandar, beg camni macam kurang praktikal. Dengan keadaan jalan yang mungkin berlubang-lubang, berpasir memang problematic juga. 

So, beg yang kiranya digalakkan juga ialah bagpack. Tapi kena tengok features yang ada kat bagpack nih. Digalakkan membeli bagpack yang ada shoulder strap yang lebar dan berspan untuk keselesaan bahu si pemakai. Shoulder strap yang lebar ni juga membantu mengurangkan tekanan ke atas bahu. Kadang-kadang kalau shoulder strap kecik ni boleh menekan sehingga menghalang pengaliran darah terutama di bahagian brachial. Sebab tu bila bawa bag pack berat gedabak ditambah dengan shoulder strap yang kecik, kita rasa kebas kat tangan. Pastu kalau boleh cari bagpack yang ada span di belakang untuk keselesaan bahagian belakang.

Cara memakai bag pack yang betul. (Credit to OutLook India)

Cara memakai bagpack pun kenala betul. Ini untuk mengelakkan sakit belakang disebabkan tekanan ke atas otot bahagian belakang dan juga tulang belakang (spine). Kekadang kita nampak ada orang pakai bagpack macam melendut ke bawah. Ni salah sebab boleh sebabkan bebanan ke atas belakang. So, ketatkan tali strap tu tapi jangan ketat sangat. Asalkan selesa sudahlah.
_________________________________________________________________________________

Tu antara benda yang aku dapat kongsikan pasal beg sekolah ni. Dari apa yang aku tengok kat MHI tadi, kat sekolah kat Vietnam letak locker kat kelas untuk para pelajar menyimpan buku-buku supaya tidak perlu dibawa balik ke rumah melainkan sekiranya ada kerja rumah ataupun hujung minggu supaya dapat mengulang kaji pelajaran. Benda macam ni memang ada dibuat di Malaysia, cuma lebih terhad kepada sekolah-sekolah berasrama dan MRSM dan juga sekolah-sekolah elit sahaja.

Kalau kat Korea Selatan pula, dorang guna buku teks digital menggantikan buku teks konvensional. Alah lebih kurang macam Kindle Reader la ataupun mungkin juga iPad. Benda sekeping tu boleh simpan macam-macam. So senang la hidup. Mungkin susah sikit la nak buat kat Malaysia sebab mungkin kosnya tinggi tapi aku rasa mungkin idea ni kita boleh pertimbangkan.

Apa-apa pun, masalah beg sekolah berat ni memang masalah juga dari dulu sampai la sekarang. Untuk yang badan besar dan lasak mungkin kurang la terasa tapi bagi yang berbadan keding je, memang masalah la. So untuk masa sekarang, pandai-pandai la pilih beg yang sesuai untuk diri sendiri. Dan satu lagi, bawa buku ikut keperluan, tengok jadual waktu pembelajaran. Jangan main semberono je sumbat semua buku dalam beg. Memang sakitla.

Itu saja la rasanya, apa-apa pun buat adik-adik selamat kembali ke sekolah. Seriously aku rasa zaman sekolah dulu memang sangaaaat best. Nikmati zaman persekolahan anda tapi jangan sampai terabai pelajaran. Adios!

*Aku kecewa sebab Manchester United kalah 3-0 dengan Newcastle United*

No comments:

Post a Comment

Sebarang masalah?