Komrad

Jan 2, 2012

tahun 2012

Salam Y'all

Lama juga aku tak update blog ni, kalau buku memang dah berhabuk pun sebab tak lama tak buka. Bukan apa aku lama outstation, makan angin kejap. Sekali sekala jalan-jalan kat Sabah ni, dapat la pergi Tawau dengan Semporna. Okay, stop di situ.

Sedar tak sedar hari ni dah 3 Januari 2012. Hmm, belum terlambat untuk aku wish Selamat Tahun Baru 2012 kepada semua umat manusia yang masih lagi hidup. Azam tahun baru? Entahlah, aku tak pernah pikir sangat pasal azam ni, tapi memang di hati nak jadi lebih baik daripada yang sebelumnya.

Cakap-cakap pasal 2012 ni, macam-macam dijangka jadi tahun ni. Paling hangat orang sebut pasal kononnya Kiamat 2012. Disebabkan aku malas nak taip panjang-panjang pasal benda tuh, so aku ulas sikit je lah. Bagi aku ramalan semua nih tak payah la nak percaya. Bukan apa nanti syirik sebab soal ghaib macam Hari Kiamat ni Allah je yang tau. Sedangkan Rasulullah SAW dulu pun tak tau, ni kan la pulak Nostradamus ke, ataupun puak Mayan tu. Kena yakin je la yang Hari Kiamat ni pasti akan berlaku, tak perlu nak dok sibuk cari bila exact date Kiamat. Belum tentu kau orang termasuk aku masuk Syurga. So, siap sedia lagi bagus.

Itu satu hal. Hal lagi satu ni pasal Pilihan Raya Umum (PRU) ke 13 yang memang tahun ni nak buat. Dengar cerita bulan Mac tapi sebab nak tunggu Selangor bubar DUN depa nak buat bulan Jun. Bila dekat PRU ni macam-macam la benda jadi. Tembak sana tembak sini. Aku tak la side sangat dengan BN tak juga side dengan PR. Bagi aku mana yang baik tu yang aku sokong. Takyah la nak taksub sangat. Satu lagi, korang dah daftar pengundi SPR ke bagi yang berumur 21 tahun dan ke atas? Jangan nak mulut pong pang pong pang cakap pasal politik tapi tak layak mengundi, itu kelakar.

Dan cerita hangat paling latest, cerita "Kebangkitan Mahasiswa", nak kerajaan mansuhkan Akta Universiti dan Kolej 1971. Pergh, sebab ni la Adam Adli student UPSI tu jadi terkenal lepas dia turunkan bendera ada muka DS Najib kat depan PWTC. Pastu malam tahun baru pulak depa ada buat demo depan UPSI sampai ada yang tercedera konon dipukul polis. Aku tak berani nak ulas sangat sebab sekarang ni taktau la siapa betul siapa salah, memang zaman fitnah kan. Lagi baik diam tengok je dari buka mulut.

Itu je la kot bebelan aku untuk tahun baru 2012 ni. Apa pun aku doakan semoga Malaysia kekal aman damai makmur sentiasa tiada kacau bilau. Amiiin!

tiada motif nak letak gambar sendiri hik hik
*Shoutmix chatbox dah tak free, hadoyai kena tukar lagi*

No comments:

Post a Comment

Sebarang masalah?