Sedar tak sedar dah 5 bulan aku balik Malaysia, menjalani non-student life kan? Baiklah secara jujurnya memang aku rindukan kehidupan pelajar tapi nak buat macam mana kan. Ujiaaan..
Pasal tu la aku tak pergi cari kerja part-time kat mana-mana. Sebab aku tak dapat nak deal dengan orang. Aku keluar pun dengan beberapa orang kawan je. Tapi yang pelik bila sama member aku jadi normal pula, boleh gelak kuat-kuat lagi. Pikir punya pikir nak buat apa, end up aku dapat idea nak kembali berbisnes sate. Dulu sebelum fly pergi oversea pun aku pernah juga buat benda ni. Dah ada pengalaman so okay la kot.
"Tapi kalau bisnes kan kena jumpa orang juga?"
Hari pertama memang agak mencabar sebab aku terpaksa lawan rasa diri nak memencilkan diri tu. Ditambah lagi dengan kesilapan aku tersalah ramuan untuk perap daging ayam, nasib baik la masih boleh dimakan dengan sedap.
![]() |
Tongkeng ayam |
![]() |
Sate ayam |
Memandangkan enrolment day lama lagi iaitu lepas raya, so aku plan nak terus bisnes la sampai puasa nanti. Penat memang penat tapi aku enjoy pula buat benda ni.
"Seperti selepas malam datangnya siang, begitulah selepas susah ada kesenangan"
welcome to Kulliyyah of Medicine IIUM
ReplyDelete:)
-->KOM: Thanks :)
ReplyDeleteBro...bpe modal kasar nk start bisnes sate ya?
ReplyDelete