Komrad

Mar 30, 2012

Off A Medical Student To A Penjual Sate

Salam 1 Dunia

Sedar tak sedar dah 5 bulan aku balik Malaysia, menjalani non-student life kan? Baiklah secara jujurnya memang aku rindukan kehidupan pelajar tapi nak buat macam mana kan. Ujiaaan..

Ngeh, bukti aku pernah jadi medical student.
Jadi untuk mengisi masa lapang dari buat benda tak elok, baik aku buat sesuatu yang berfaedah. Lagi satu sebab ni aku kira macam self-therapy la pasal aku mengalami masalah psikologi yang dahsyat lepas aku balik Malaysia yang buat aku mengelak nak berjumpa dengan orang, bercakap dengan orang, duduk sensorang dalam rumah dan kadang-kadang gelak sensorang, cepat marah. Bukan exaggerated tapi realitinya memang aku macam tu. Nasib baik tak gila.

Pasal tu la aku tak pergi cari kerja part-time kat mana-mana. Sebab aku tak dapat nak deal dengan orang. Aku keluar pun dengan beberapa orang kawan je. Tapi yang pelik bila sama member aku jadi normal pula, boleh gelak kuat-kuat lagi. Pikir punya pikir nak buat apa, end up aku dapat idea nak kembali berbisnes sate. Dulu sebelum fly pergi oversea pun aku pernah juga buat benda ni. Dah ada pengalaman so okay la kot.

"Tapi kalau bisnes kan kena jumpa orang juga?"

Aku ada terpikir juga benda ni. Tapi bila pikir balik sampai bila aku nak jadi camtu. Jadi aku pun nekad la nak teruskan juga plan nak jual sate ni. Dapat modal sikit dari mama pastu aku pun mula la membakar dengan sepenuh jiwa dan raga.

Hari pertama memang agak mencabar sebab aku terpaksa lawan rasa diri nak memencilkan diri tu. Ditambah lagi dengan kesilapan aku tersalah ramuan untuk perap daging ayam, nasib baik la masih boleh dimakan dengan sedap.

Tongkeng ayam 
Sate ayam 
Selepas adalah sebulan lebih ni aku berbisnes, alhamdulillah aku rasa macam aku dah jadi normal balik. Bisnes ni best sebab buat aku dapat cakap, jumpa banyak orang. Ditambah lagi lepas dapat offer letter medical degree MBBS dari UIA. Syukuuuur!! Dan bisnes pula makin maju.

Memandangkan enrolment day lama lagi iaitu lepas raya, so aku plan nak terus bisnes la sampai puasa nanti. Penat memang penat tapi aku enjoy pula buat benda ni.

"Seperti selepas malam datangnya siang, begitulah selepas susah ada kesenangan"

3 comments:

Sebarang masalah?