Komrad

Apr 7, 2012

Isteriku Lelaki? Perempuan?

Assalamualaikum ---- Salam 1 Dunia
_________________________________________________________________________________

Apresiasi gambar dari Sinar harian Online

"KUALA LUMPUR – Bekas dekan institusi pengajian tinggi awam yang mengesyaki isterinya lelaki, memfailkan permohonan membatalkan perkahwinan di Mahkamah Tinggi Syariah, semalam.

Bahrom Sanugi, 61, nekad bertindak demikian selepas setahun mengahwini isteri ketiganya, Sri Wani Choo Abdullah, 37, seorang pengusaha produk kecantikan, yang memeluk Islam pada 2001.

Peguam Bahrom, Muhammad Hafiz Ab Rashid berkata, anak guamnya menikahi Sri Wani pada 19 Ogos 2009 di Songkhla, Thailand dan mendapatkan sijil nikah di Kedah.

Menyedari isterinya seorang lelaki, Bahrom membuat aduan ke Jabatan Agama Gombak dan diarah untuk berpisah sementara pada 23 November 2010.

“Bahrom failkan permohonan faraq (batal nikah) pada 17 Januari 2011 selepas mendapati angka akhir pada sijil lahir Sri Wani bernombor ganjil (bermakna dikhaskan untuk lelaki).

“Dia juga memfailkan permohonan untuk arah Sri Wani jalani pemeriksaan pengesahan jantina. Permohonan dibuat mengikut Seksyen 85 Akta Tatacara Mahkamah Syariah 1998,” katanya di sini, semalam." - Sinar Harian Online
Serius bila aku baca berita ni, aku spontan cakap "erk". Memang kesian Pakcik Bahrom tu kalau betul betul Makcik Sri Wani, isteri ke-TIGA-nya itu tu lelaki.

Dan terbaru, Makcik Sri Wani kata dia dianiaya. Haisshhh macam-macam. Harap-harap macam ni dijauhkan dari jadi kepada kaum keluarga aku ataupun aku sendiri.

Tapi mana tau kan, Makcik Sri Wani tu betul-betul perempuan dan dia betul betul dianiaya.

Wallahu a'alam.

Untuk berita penuh boleh baca di sini, bekas dekan dakwa isteri lelaki; dan sini, Sri Wani masih sayangi suami.

Sumber: Sinar Harian Online


No comments:

Post a Comment

Sebarang masalah?